Terjemahan Hati


Hati manusia menjadi perkara pertama untuk setiap tindakan, baik percakapan, pendengaran atau perlakuan. Hati adalah cetusan dalam diri seseorang sebelum melakukan apa-apa perkara. Biar tidak kelihatan di mata kasar orang lain mahupun mata sendiri, rasa hati itu boleh diterjemah oleh anggota badan yang lain. Hati kita dikuasai kita sendiri. Kita yang mengawal segala rasa dan perasaan. Dalam masa yang sama, kita perlu sedar bahawa kuasa yang tertinggi yang menguasai hati kita ialah Allah. Dia yang menjadikan, Dia juga Maha Mengetahui. Kita mengawal, Dia Maha Tinggi kawalannya. Kita mencetuskan rasa dari hati, Dia Maha Menentukan cetusan itu menjadi realiti atau kekal sebagai niat. Menjadi manusia yang paling bijak adalah mengetahui betapa pinjaman ini perlu digunakan sebaiknya. Membenarkan perkara yang baik-baik sahaja yang terlintas di hati. Andai terlintas sesuatu yang tidak baik, segera beristighfar atas kekurangan diri sendiri. Mohonlah agar Allah sentiasa menjadikan kita dalam kalangan orang yang murni hati dan menterjemahkan bahasa hati kepada perkara yang bermanfaat yang bernilai pahala.

Comments

Popular posts from this blog

Nikmat Sihat dan Masa Lapang

Kenangan di Telaga Biru

Belajar Melalui Kehidupan