Posts

Showing posts from 2017

Turun dan Naik

Perangai manusia sentiasa bertukar-tukar. Sudah namanya manusia, pasti ada turun naik. Kita bukan malaikat, jauh sekali iblis dan syaitan. Apabila ada naik dan turun, sudah pasti kita perlu berusaha untuk sentiasa naik. Apa yang ingin dinaikkan? Pastinya sifat positif yang ada dalam diri kita. Semakin hari semakin inginkan perkara yang baik-baik datang, berfikir tentang perkara baik, melakukan perkara yang terbaik, dan mengharapkan natijah yang sampai dalam diri ini adalah daripada kalangan yang terbaik.
Namun, kita sedar yang hidup umpama roda. Kita bukan selamanya di atas. Ada ketika perasaan kita, jiwa kita dan kekuatan kita boleh jatuh ke tahap paling bawah. Lebih bawah daripada letakkan tapak kaki kita. Kita menjadi hilang arah, tercari-cari di mana rasa positif yang ada pada diri kita sebelum ini. Bukankah sebelum ini aku seorang yang kuat?
Dengan rasa penuh kehambaan, tunduklah mencari semangat kita yang telah jatuh tadi. Duduknya di bawah, tempat kaki kita berpijak. Tumpukan …

Terjemahan Hati

Image
Hati manusia menjadi perkara pertama untuk setiap tindakan, baik percakapan, pendengaran atau perlakuan. Hati adalah cetusan dalam diri seseorang sebelum melakukan apa-apa perkara. Biar tidak kelihatan di mata kasar orang lain mahupun mata sendiri, rasa hati itu boleh diterjemah oleh anggota badan yang lain. Hati kita dikuasai kita sendiri. Kita yang mengawal segala rasa dan perasaan. Dalam masa yang sama, kita perlu sedar bahawa kuasa yang tertinggi yang menguasai hati kita ialah Allah. Dia yang menjadikan, Dia juga Maha Mengetahui. Kita mengawal, Dia Maha Tinggi kawalannya. Kita mencetuskan rasa dari hati, Dia Maha Menentukan cetusan itu menjadi realiti atau kekal sebagai niat. Menjadi manusia yang paling bijak adalah mengetahui betapa pinjaman ini perlu digunakan sebaiknya. Membenarkan perkara yang baik-baik sahaja yang terlintas di hati. Andai terlintas sesuatu yang tidak baik, segera beristighfar atas kekurangan diri sendiri. Mohonlah agar Allah sentiasa menjadikan kita dalam ka…