Posts

Showing posts from 2016

Belajar Melalui Kehidupan

Untuk semua perkara yang pernah terjadi dalam hidup kita, belajarlah sesuatu yang dapat memberi kesan kepada diri sendiri. Bukan untuk orang lain, hanya untuk kita. Kita yang berhak kepada diri kita selepas Allah. Kita menguasai diri dalam setiap perbuatan. Kita menjadi pemula dalam setiap apa yang kita lakukan. Belajar daripada kesilapan untuk meraih kejayaan. Kesilapan yang berulang kali menimpa kita menjadikan diri kita lebih menghargai kehidupan yang sedang kita lalui. Jangan pernah menyesal kita ada di dunia ini kerana melalui dunialah kita bakal menuju alam akhirat yang kekal abadi.

Gembira dan Bahagia dalam Senyum

Image
Ada banyak sebab kita perlu terus senyum di dunia ini. Carilah gembira dan bahagia yang sememangnya ada di sekililing kita!
gambar: Aika Nuha Maysara

Bagaimana Syukur dan Sabar Kita?

Image
Abu Dhabi - Dubai Highway, Januari 2016
Sepatutnya, qada' dan qadar itu memberi kita banyak pengajaran. Sudah tentulah hikmah yang paling tiada tandingan. Itupun jika kita benar-benar mengambil iktibar atas setiap ketentuan dan ketetapan Allah buat kita.
Pertama, mengajar kita untuk bersyukur. Inilah rezeki buatku pada kali ini. Allah tetapkan aku mendapat bahagian ini dan tidak bahagian lagi. Allah tidak berikan kita sesuatu yang telah Allah berikan kepada orang lain kerana perancangan Allah untuk kita itu lebih cantik. Dia berikan kita nikmat yang tidak pernah kita jangkakan. Hanya jika kita bersyukur atas setiap kurniaan dan ujian daripada-Nya.
Kedua, sabar. Bersabarlah jika ketetapan Allah adalah Dia masih belum memakbulkan permintaan kita. Doa yang kita panjatkan hari-hari harus diteruskan. Kenapa perlu sangsi sama ada Allah itu dengarkah doa kita. Ketahuilah, Allah Maha Mendengar, Allah Maha Mengetahui. Tugas kita hanya bersabar dan terus berdoa.
Cukup dua agar kita sentias…

Salah Kita

Image
Manusia terlalu ego mengakui kesilapan. Bukan semua, sebahagian sahaja. Lebih mudah mencari punca sesuatu perkara itu berlaku dalam diri orang lain. Mencari lagi bukti kononnya itu bukan salah dirinya. Terlampau asyik memandang diri orang lain sehingga terlupakan diri sendiri.
Bukan tidak boleh membela diri. Benar, perlu menegakkan kebenaran. Namun, cuba diam seketika. Diam bukan untuk mengalah dan kalah. Ini bukan pertandingan untuk menentukan siapa menang, siapa kalah. Inilah cara kita bertenang sambil memikirkan rasional atas setiap perkara yang berlaku. Manusia tidak seharusnya mudah-mudah menjatuhkan hukum salah kepada orang lain. Bertenanglah dan ambil masa untuk kita koreksi diri. Kitakan manusia, boleh jadi memang salah kita. Jika terbukti bukan salah kita, fikirkan semula mengapa perkara ini terjadi. Yang pasti, ini adalah ujian yang Allah takdirkan buat kita, yang membawa kita untuk berfikir tentang pengajaran dan pelajaran yang berharga dalam sebuah kehidupan.