Nikmat Sihat dan Masa Lapang

Benar,  dua nikmat yang selalu disia-siakan oleh manusia ialah sihat dan masa lapang. Ketika sihat, kita mahu lakukan semua perkara. Lebih daripada itu, tidak memikirkan langsung sakit yang bakal dihadapi kelak. Atas alasan; sementara tengah sihat inilah kita perlu buat. Ingat, sentiasa peringatkan diri. Biarpun sihat itu satu nikmat, ia perlu diurus dengan baik. Apabila terlalu menghayati nikmat ketika sihat, kita terlupa bahawa penghayatan tanpa memikirkan sakit inilah yang mendorong kita jatuh sakit. 

Sama seperti masa lapang yang diharap tidak pergi dan masa sibuk pula tidak diundang kehadirannya. Sentiasa sematkan dalam diri, sesungguhnya dunia ini tidak ada walau sebentar pun masa lapang. Masa lapang yang bakal kita nikmati adalah selepas kita melalui perhitungan pada hari pembalasan nanti. Tunaikan masa yang ada di dunia ini demi akhirat kita nanti. Jangan pula meminggirkan dunia yang boleh menjadi saham kita di akhirat. Ingatlah, masa lapang bersama keluarga dan masyarakat di dunia ini bakal menjadi satu peluang untuk kita nikmati masa lapang di dunia yang kekal abadi.

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan di Telaga Biru

Belajar Melalui Kehidupan