Posts

Showing posts from 2015

Check-In Iman Lahir Pada 8 Sept 2015

Image
Alhamdulillah, Check-In Iman terbit pada 8 September 2015. Semoga perkongsian dalam buku ini dapat memberi manfaat kepada orang yang membacanya. 
Check-In Iman RM21 Must Read Sdn. Bhd. Beli daripada saya, atau secara online di http://bit.ly/CheckInIman

Inspirasi Berkarya di Fes Maghribi

Image
Perkongsian bertajuk Inspirasi Berkarya di Fes tersiar dalam kolum Ilham Kembara majalah Tunas Cipta keluaran Ogos 2015 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hari Puisi Sedunia 2008 di Rabat, Maghribi

Image
Puisi ini saya deklamasikan pada Hari Puisi Sedunia di Universiti Mohammed V, Rabat, Maghribi pada tahun 2008. Saya dan seorang lagi pelajar Malaysia (junior saya); Abdul Azim menjadi wakil pelajar Malaysia mendeklamasikan puisi sempena program itu.

C I N T A N A B I waktu di Jabal Rahmah,
kutatap lembah kutatap wajah
antara tugu dan kerikil batu
para hujaj memutih dalam ihram
datang lagi Cinta Nabi
air mata akhirnya mengalir
mahabbah sesama ummah
"umatku umpama buih di akhir zaman
... disepuh bayu lalu
menyerpih tak bersatu!" ada lembah ada wajah
purnama terbelah dua, mukjizat nyata
buktikan badai pakaianmu
meringgis nafsu. serigala meraung di gunung
pesona akumu dipasung
laut tak berpantai
wangkang menggerai di tanjung
takkunjung sampai
ke Semenanjung. ada lembah, Hati, Rasa,
Waham, Wasangka, Lembah Insani
Firasat dan Takwa menyatu
Ada wajah menantang wajah. Puput angin gurun
tergeletar nafiri luka
musafir membebat hayat
dan kasih Nabi
ada waktunya badai
mengenal damai, insan
bangkit dari kekalahan…

Matlamat Hidup

Hidup di dunia ini perlu ada matlamat. Matlmat seseorang itu telah dicipta oleh ibu bapanya sejak dia dilahirkan. Ada ibu bapa yang mahukan anaknya menjadi seorang doktor, guru, jurutera dan pelbagai jawatan tinggi yang diletakkan. Benarlah seperti yang selalu disebut-sebut bahawa anak yang baru dilahirkan itu umpama kain putih. Kain putih yang kosong tanpa warna dan coretan. Kain ini perlu dicorakkan sebermula ibu bapanya sendiri dan kemudian akan tercorak daripada orang lain di sekelilingnya. 
Namun, matlamat ini bukan cita-cita semata-mata. Kejayaan itu lebih dinilai pada gred dan markah dalam peperiksan, begitu juga pangkat yang digalas ketika melangkah ke alam pekerjaan. Ini hanyalah nilaian kita sebagai manusia yang hina. Sedangkan, ada matlamat lain yang perlu difikirkan bukan sahaja ibu bapa ini, namun anak itu sendiri apabila dia telah mampu untuk berfikir dan menentukan hala tuju dalam hidupnya.
Itulah matlamat untuk hidup dengan rasa bertuhan. Menyedari bahawa Allah itulah…

Nikmat Sihat dan Masa Lapang

Benar,  dua nikmat yang selalu disia-siakan oleh manusia ialah sihat dan masa lapang. Ketika sihat, kita mahu lakukan semua perkara. Lebih daripada itu, tidak memikirkan langsung sakit yang bakal dihadapi kelak. Atas alasan; sementara tengah sihat inilah kita perlu buat. Ingat, sentiasa peringatkan diri. Biarpun sihat itu satu nikmat, ia perlu diurus dengan baik. Apabila terlalu menghayati nikmat ketika sihat, kita terlupa bahawa penghayatan tanpa memikirkan sakit inilah yang mendorong kita jatuh sakit. 
Sama seperti masa lapang yang diharap tidak pergi dan masa sibuk pula tidak diundang kehadirannya. Sentiasa sematkan dalam diri, sesungguhnya dunia ini tidak ada walau sebentar pun masa lapang. Masa lapang yang bakal kita nikmati adalah selepas kita melalui perhitungan pada hari pembalasan nanti. Tunaikan masa yang ada di dunia ini demi akhirat kita nanti. Jangan pula meminggirkan dunia yang boleh menjadi saham kita di akhirat. Ingatlah, masa lapang bersama keluarga dan masyarakat di…