Posts

Showing posts from October, 2013

Hikmah

Bagi kebanyakan orang, hikmah sering dikaitkan dengan musibah. Apabila seseorang mendapat apa-apa kesusahan, ada yang menasihatkan agar bersabar kerana sudah pasti Allah ada menyediakan hikmah-Nya tersendiri. Ya, saya bersetuju. Dari segi bahasa, hikmah adalah bijaksana. Bijaksana yang merangkumi pandai, pintar, cerdik, berhemah, bersabar dan tenang. Hikmah adalah anugerah buat orang yang berilmu. Tidak perlu menghabiskan buku-buku di beberapa deretan rak di perpustakaan untuk menjadi orang yang cukup berilmu, tetapi perlu belajar mengawal keadaan diri agar tidak dianggap sebagai orang yang tidak beradab dan jahil. Namun, ia tidak bererti kita perlu menganaktirikan buku-buku yang sememangnya salah satu sumber ilmu itu sendiri.
Hikmah sangat cantik diaplikasi dalam usaha menegur. Jiwa dai yang cintakan perkara makruf dan bencikan kemungkaran perlu ada rasa ingin membetulkan kesalahan yang dilihat dan didengar. Hati dai juga meronta-ronta mahu membebaskan si jahil menjadi orang yang ta…

Al-Fatihah

Image
27 April 2009, Rabat. Selesai sebuah majlis di kediaman rasmi Duta Malaysia di Maghribi, saya berlari keluar untuk menemui tetamu kami pada hari itu. Saya menyampaikan pesan: "Prof, ayah saya kirim salam. Rashid, FPAS UPM." Beliau menjawab salam itu dan bertanya semula: "Masih tinggal di Serdang?"
13 Oktober 2013. Saya membawa ayah dan ibu ke UPM untuk menghadiri pengebumian Prof Radin Umar. Selaku rakan dan jiran lama, sudah pasti mereka amat mengenali beliau. Ingatan atas kunjungan beliau ke Maghribi pada tahun akhir saya di sana dahulu sudah tentu juga meninggalkan kesan buat saya. Pemergian beliau yang merupakan tokoh akademik, jurutera hebat, malah bekas Naib Canselor UPM ini turut dirasai lebih ramai lagi insan yang mengenalinya. Al-Fatihah.

http://www.malaysiakini.com/news/243774
http://www.thestar.com.my/Opinion/Letters/2013/10/14/Passing-of-a-road-safety-hero-Radin-Umar.aspx

Terapi yang Rapi

Untuk memulakan sesuatu perkara, kita berasa lebih gelisah berbanding telah terbiasa dengan perkara tersebut. Kekok. Buntu, lalu mencari-cari jalan sesuai untuk memulakan. Dua kunci utama yang boleh dibawa; sabar dan tenang. Diri yang dikuasai dua magnet positif ini akan membawa kita untuk tidak berputus asa, malah perasaan mengharap akan terus berlangsung. 
Pengalaman adalah perkara yang sedang dilalui. Baik atau buruk, ia menjadi kenangan dan pengajaran. Ada yang sanggup melakukan pelbagai cara yang melibatkan pengorbanan wang dan tenaga yang maksimum untuk membiarkan kenangan pahit terhapus dalam memorinya. Mana mungkin ia terhapus; lambat-laun ia pasti bertamu. Raikan yang pahit itu agar ia mampu menjadi bahan untuk kita tersenyum, lalu tertawa atas kebodohan masa lalu. Jahil membawa kepada mahir, jangan pula apabila sudah tahu, ia membadaikan kita kepada alpa.
Apabila sampai ke kemuncak, terapi yang lebih rapi lebih dituntut. Perasaan itu perlu diperhalusi, dan tidak boleh dipan…

Hadiah Qunut Nazilah

Image
Hadiah Qunut Nazilah
Aku titipkan tinta merah mencari lembaran angin yang sudi sampaikan lakaran derita bawaku kenal warna kedamaian.
Kucari segaris sinar pada ledakan api menanti pancaran salam empati di celahan kecaian bata Muslim melata sana sini tiadakah yang simpati?
Bir al-Ma'unah saksi kiriman qunut atas agoni janji yang dikhianati selitkan sunnah ini pada lima amanahmu tuturkan qunut nazilah buat kami.
Khadijah Khalilah Abdul Rashid
Petikan puisi daripada Antologi Cerpen dan Puisi; Aku Kalis Peluru (2013) terbitan Karyawan Publishing House

Self Efficacy?

Ia merupakan ukuran terhadap kebolehpercayaan individu terhadap diri sendiri atas kebolehan dan kemampuannya menyelesaikan sesuatu perkara dan mencapai sesuatu kejayaan.
Seorang rakan saya membuat kajian berkenaan perkara ini terhadap kebolehan responden menguasai kemahiran bertulis bahasa Arab. Ini merupakan kajian disertasi sarjana beliau yang telah hampir siap. Bagi menempurnakan kajian ini, beliau telah mengedarkan satu borang soal selidik kepada beberapa orang responden yang mempunyai latar belakang pendidikan bahasa Arab. Setelah soal selidik tersebut dianalisis, beliau diminta untuk melakukan temubual terhadap responden yang mempunyai markah tinggi.
Dalam sesi temubual tersebut, saya diminta menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Kesemua soalan berkaitan pembelajaran bahasa Arab yang saya lalui di sekolah dan universiti. Ketika menyorot kehidupan saya sebagai pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah bawah, rakan saya tidak berpuas hati kerana saya tidak pernah menyerta…