Posts

Showing posts from 2013

Tahniah Lily!

Image
Dia dipanggil “kakak” biarpun bongsu dalam keluarganya. Dia juga seorang penjaga yang memikul tugas seorang ibu dan ayah buat anak-anak saudaranya. Namun, Lily tetap seorang adik dan selama-lamanya kekal adik buat Kak Lilah. Adik ketika di Maghribi dahulu, dan masih adik ketika saya di UIA.
Sekembali Lily dari Maghribi usai pengajian ijazah, dia mencari saya bertanyakan soal kerja. Ketika itu, saya tidak pasti pilihan halatuju yang ingin dipilih. Bukan kerana kami tidak rapat di Maghribi dahulu, tetapi perbincangan ini tidak pernah berlaku antara kami. Akhirnya, dia memberitahu: “Saya nak jadi seperti akak.” Kerjaya yang aku tinggalkan sebelum itu  adalah RA dan tutor; dan sudah pasti siapalah aku pada ketika itu; tanpa ada apa-apa jawatan pun, maka aku menolongnya mencari peluang kerja tersebut.
Ketika semester-semester awal aku di UIA, Lily selalu menjadi pengunjung tetap aku. Lily berulang dari UIA ke Bangi dan Nilai atas urusan kerja. Kerja yang tidak bertaraf tetap dan bukan me…

Hikmah

Bagi kebanyakan orang, hikmah sering dikaitkan dengan musibah. Apabila seseorang mendapat apa-apa kesusahan, ada yang menasihatkan agar bersabar kerana sudah pasti Allah ada menyediakan hikmah-Nya tersendiri. Ya, saya bersetuju. Dari segi bahasa, hikmah adalah bijaksana. Bijaksana yang merangkumi pandai, pintar, cerdik, berhemah, bersabar dan tenang. Hikmah adalah anugerah buat orang yang berilmu. Tidak perlu menghabiskan buku-buku di beberapa deretan rak di perpustakaan untuk menjadi orang yang cukup berilmu, tetapi perlu belajar mengawal keadaan diri agar tidak dianggap sebagai orang yang tidak beradab dan jahil. Namun, ia tidak bererti kita perlu menganaktirikan buku-buku yang sememangnya salah satu sumber ilmu itu sendiri.
Hikmah sangat cantik diaplikasi dalam usaha menegur. Jiwa dai yang cintakan perkara makruf dan bencikan kemungkaran perlu ada rasa ingin membetulkan kesalahan yang dilihat dan didengar. Hati dai juga meronta-ronta mahu membebaskan si jahil menjadi orang yang ta…

Al-Fatihah

Image
27 April 2009, Rabat. Selesai sebuah majlis di kediaman rasmi Duta Malaysia di Maghribi, saya berlari keluar untuk menemui tetamu kami pada hari itu. Saya menyampaikan pesan: "Prof, ayah saya kirim salam. Rashid, FPAS UPM." Beliau menjawab salam itu dan bertanya semula: "Masih tinggal di Serdang?"
13 Oktober 2013. Saya membawa ayah dan ibu ke UPM untuk menghadiri pengebumian Prof Radin Umar. Selaku rakan dan jiran lama, sudah pasti mereka amat mengenali beliau. Ingatan atas kunjungan beliau ke Maghribi pada tahun akhir saya di sana dahulu sudah tentu juga meninggalkan kesan buat saya. Pemergian beliau yang merupakan tokoh akademik, jurutera hebat, malah bekas Naib Canselor UPM ini turut dirasai lebih ramai lagi insan yang mengenalinya. Al-Fatihah.

http://www.malaysiakini.com/news/243774
http://www.thestar.com.my/Opinion/Letters/2013/10/14/Passing-of-a-road-safety-hero-Radin-Umar.aspx

Terapi yang Rapi

Untuk memulakan sesuatu perkara, kita berasa lebih gelisah berbanding telah terbiasa dengan perkara tersebut. Kekok. Buntu, lalu mencari-cari jalan sesuai untuk memulakan. Dua kunci utama yang boleh dibawa; sabar dan tenang. Diri yang dikuasai dua magnet positif ini akan membawa kita untuk tidak berputus asa, malah perasaan mengharap akan terus berlangsung. 
Pengalaman adalah perkara yang sedang dilalui. Baik atau buruk, ia menjadi kenangan dan pengajaran. Ada yang sanggup melakukan pelbagai cara yang melibatkan pengorbanan wang dan tenaga yang maksimum untuk membiarkan kenangan pahit terhapus dalam memorinya. Mana mungkin ia terhapus; lambat-laun ia pasti bertamu. Raikan yang pahit itu agar ia mampu menjadi bahan untuk kita tersenyum, lalu tertawa atas kebodohan masa lalu. Jahil membawa kepada mahir, jangan pula apabila sudah tahu, ia membadaikan kita kepada alpa.
Apabila sampai ke kemuncak, terapi yang lebih rapi lebih dituntut. Perasaan itu perlu diperhalusi, dan tidak boleh dipan…

Hadiah Qunut Nazilah

Image
Hadiah Qunut Nazilah
Aku titipkan tinta merah mencari lembaran angin yang sudi sampaikan lakaran derita bawaku kenal warna kedamaian.
Kucari segaris sinar pada ledakan api menanti pancaran salam empati di celahan kecaian bata Muslim melata sana sini tiadakah yang simpati?
Bir al-Ma'unah saksi kiriman qunut atas agoni janji yang dikhianati selitkan sunnah ini pada lima amanahmu tuturkan qunut nazilah buat kami.
Khadijah Khalilah Abdul Rashid
Petikan puisi daripada Antologi Cerpen dan Puisi; Aku Kalis Peluru (2013) terbitan Karyawan Publishing House

Self Efficacy?

Ia merupakan ukuran terhadap kebolehpercayaan individu terhadap diri sendiri atas kebolehan dan kemampuannya menyelesaikan sesuatu perkara dan mencapai sesuatu kejayaan.
Seorang rakan saya membuat kajian berkenaan perkara ini terhadap kebolehan responden menguasai kemahiran bertulis bahasa Arab. Ini merupakan kajian disertasi sarjana beliau yang telah hampir siap. Bagi menempurnakan kajian ini, beliau telah mengedarkan satu borang soal selidik kepada beberapa orang responden yang mempunyai latar belakang pendidikan bahasa Arab. Setelah soal selidik tersebut dianalisis, beliau diminta untuk melakukan temubual terhadap responden yang mempunyai markah tinggi.
Dalam sesi temubual tersebut, saya diminta menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Kesemua soalan berkaitan pembelajaran bahasa Arab yang saya lalui di sekolah dan universiti. Ketika menyorot kehidupan saya sebagai pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah bawah, rakan saya tidak berpuas hati kerana saya tidak pernah menyerta…

Kenangan di Telaga Biru

Image
Pengalaman dua tahun di Telaga Biru memang terlalu lama bagiku kerana tidak sangka kerja sambilan yang ingin dilakukan sebelum ini adalah pekerjaan tetap aku sehingga tarikh 31 Mac 2013. Aku menyenangi keramahan staf di sana sebermula aku menghadiri sesi temuduga sehinggalah hari terakhir aku di sana. Inilah kenangan paling manis yang aku peroleh apabila dapat merasakan kemanisan ukhuwah bukan sahaja sesama rakan sekerja, bahkan barisan ketua yang terlebih dahulu mendapat pengalaman kerja sebelum ini.
Beliau insan yang paling merendah diri pernah aku kenal. Hari pertama bekerja, beliau meminta untuk melihat resume aku semula. Dari biliknya, aku terdengar dia memanggil dan berkata: "Hari lahir kita sama, cuma tahun berbeza." Sejak itu, beliau pasti akan mengulang-ulang tentang persamaan tarikh lahir kami; 20 Mei. Sebagai seorang ketua bagi jabatan kami, beliau tidak pernah menggelarkan setiap pertemuan kami yang membincangkan tentang kerja sebagai "mesyuarat". Beli…

Menilai Secara Positif

Ketika sibuk mencari kebenaran dengan membuat sesuatu penilaian, kita kadang-kadang tersalah cara untuk melakukannya. Kita menilai sesuatu perkara dengan mengemukakan pandangan yang negatif, bukan lagi positif. Mengapa manusia sering mencari unsur negatif dan ego untuk bertindak secara positif? Biarpun negatif boleh menaikkan semangat, namun ia juga mampu menjunamkan seseorang ke peringkat paling bawah dan terbawah. Ayuh akal dan hati, didiklah sifat positif untuk sentiasa bertamu dalam membuat sebarang penilaian. Jangan biarkan aura negatif menguasai diri, bimbang kalau-kalau kita tidak mampu lagi untuk menerima sesuatu yang positif, yang sememangnya layak untuk fitrah seorang manusia.

Solusi Isu 52

Image
Nilaikan kembali; Di Mana Rasulullah di Hatiku? Moga aku temui jawapan dalam persoalan ini. Solusi Isu 52: Di Mana Rasulullah di Hatimu?