Posts

Showing posts from September, 2012

Usia

Usia bukan sekadar angka yang dihitung sebermula kita dilahirkan.

Perjalanan menuntut ilmu di sekolah rendah adalah usia.

Usia terus dihitung dalam alam sekolah menengah.

Usia menjadi semakin mencabar di antara peringkat remaja dengan dewasa. Itulah usia identiti diri dicari.

Sebuah perkenalan itu juga adalah usia kerana perpisahan tetap akan berlaku.

Tempoh bekerja masih memerlukan perhitungan usia.

Persahabatan yang disemai dengan jalan yang benar akan membenarkan orang yang berada padanya akan tidak jemu dengan pertambahan usia persahabatan mereka.

Usia mematangkan aku. Usia membawa aku mengenali segala-galanya. Usia mampu menyusun kehidupan aku sedikit demi sedikit. Memberi peluang untuk aku mencuba sesuatu yang baru, mengenali seseorang dan pelbagai jenis orang lagi serta mewajibkan aku melalui pengalaman hidup itu sendiri.

Terima kasih ya Allah atas nikmat usia ini.