Posts

Showing posts from June, 2012

Wahai Hati...

Wahai hati, Kau menjadi kekuatan utama dalam diri manusia untuk mengawal setiap perlakuan kami. Kau hanya seketul daging yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar begitu juga bukan dapat disentuh oleh tangan manusia. Benar, dudukmu dalam diri manusia yang diakui kewujudannya pada diri kami. Jika kau baik, maka baiklah perjalanan diri kami. Namun, sebaliknya berlaku jika kau bertindak luar kebiasaan.
Wahai hati,  Kau berada jauh dari mata, namun kau mendahului perananmu sebelum mata melihat dan memandang sesuatu. Kau juga jauh dengan bibir dan lidah yang menuturkan pelbagai kata-kata, tetapi kau masih mendahului rangka barisan kata-kata yang akan diucapkan di bibir. Kaki dan tangan juga tidak terletak berhampiran denganmu, namun kau juga yang merajai kedua-duanya. Biarpun tangan mampu mencari di mana letaknya kau, ia hanya mampu diraba dan dicari dari luar sahaja.
Wahai hati, Sentiasalah beringat dalam memimpin anggota lain yang ada pada tubuh ini. Kembalikan fitrah manusia yang sent…