Bernafas

Sungguh, semakin mempelajari pengalaman hidup, semakin kita diuji dengan pengurusan waktu. Pengurusan yang baik memberi peluang nikmat terbesar; bernafas untuk sentiasa mengambil tempat dalam setiap keadaan dan tugasan yang dilakukan.
Tugasan demi tugasan yang datang bukanlah ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, bahkah kesemua tugasan tersebut menjadi medan untuk kita berada lebih terkehadapan dalam usaha menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam. 
Hambatan waktu mendesak kita untuk terus-menerus menyelesaikan segalanya. Kita tak akan kenal erti putus asa jika dalam diri sudah dipasakkan dengan rasa tanggungjawab. Tanggungjawab tidak memilih mana satu yang perlu dilakukan atau tidak, tetapi tanggungjawab memilih prioriti dalam setiap tugasan yang ada. Usaha menjadi orang yang beriman dan beramal soleh seharusnya mendorong seseorang untuk menghargai masa agar dia tidak digolongkan dalam golongan orang yang rugi seperti yang termaktub dalam surah al-'Asr.
Hati selalu memujuk agar wajah yang gelisah dek kerana tugasan yang mendatang tidak mempamerkan wajah sebenar. Hati membujuk dan terus membujuk agar wajah menghilangkan kerutan dan bibir terus setia memberikan senyuman. Senyuman itu bukan petanda hipokrit, malah bukti kasih sayang kepada orang terdekat dan yang berada di sekeliling untuk berbahagia dan secara tidak langsung senyumannya dibalas sebagai penghargaan hidup ini bukan satu kesusahan, bahkan sebuah keharmonian yang didamba.
Alhamdulillah, syukur kepada-Mu yang Allah kerana aku masih mampu bernafas sehingga detik ini...

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan di Telaga Biru

Turun dan Naik

Nikmat Sihat dan Masa Lapang