Posts

Showing posts from May, 2012

Pengkisahan 20 Mei

20 Mei sudah berulang sebanyak 25 kali sejak tahun 1987. Alhamdulillah, Allah masih memberikan nikmat kesihatan yang baik untuk saya, dan nikmat iman dan Islam yang pastinya paling terbesar buat diri ini.

Pengkisahan 20 Mei asalnya ingin membuat satu soroton yang berlaku pada 20 Mei setiap tahun. Namun, apakan daya tiada upaya untuk mencatatkan setiap yang berlaku setiap tahun secara terperinci. Yang pasti, terima kasih buat keluarga dan sahabat yang sentiasa mendoakan segala yang terbaik buat diri saya, sama ada sempena 20 Mei ini atau tidak. Yang pasti, doa kalian yang ikhlas ini pasti menjadi perkara terindah buat saya.

Bersempena 20 Mei tahun ini, saya dapat keluar bersama-sama rakan baik saya yang turut menghadiahkan senaskhah al-Quran istimewa. Terima kasih sahabat. :)

Gen-Q 10: Berani untuk Jujur

Image
Sesungguhnya, orang yang mengetahui hakikat terhadap perkara yang ingin dicarinya akan berasa ringan terhadap apa-apa yang dilakukannya. Orang yang merasakan manisnya sesuatu dan mencintainya dengan bersungguh-sungguh pasti tidak kalah apabila menanggung kesukaran dan tidak peduli dengan apa yang perlu dilakukannya.
Jiwa kental mereka sedar bahawa hidup tanpa matlamat dan tujuan akan merugikan diri sendiri. Matlamat seorang yang positif menggariskan keuntungan yang diperoleh bukan hanya untuk memuaskan diri sendiri semata-mata, tetapi mengambil kira kegembiraan keluarga dan orang di sekeliling. Yang paling penting, dia tidak mahu rugi dalam meraih keberkatan Allah s.w.t. dalam setiap perbuatannya. Menarik bukan?
Tetapkan Niatmu. Kolum Iktibar. Majalah Gen-Q isu no. 10.  halaman. 30.

Apabila diri buntu mencari kaedah lain untuk menyelesaikan permaslahan yang timbul, Islam menunjukkan jalan keluarnya dengan mengerjakan solat duha. Roh solat duha yang dilaksanakan pada waktu duha dapat menj…

Bernafas

Sungguh, semakin mempelajari pengalaman hidup, semakin kita diuji dengan pengurusan waktu. Pengurusan yang baik memberi peluang nikmat terbesar; bernafas untuk sentiasa mengambil tempat dalam setiap keadaan dan tugasan yang dilakukan. Tugasan demi tugasan yang datang bukanlah ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, bahkah kesemua tugasan tersebut menjadi medan untuk kita berada lebih terkehadapan dalam usaha menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam.  Hambatan waktu mendesak kita untuk terus-menerus menyelesaikan segalanya. Kita tak akan kenal erti putus asa jika dalam diri sudah dipasakkan dengan rasa tanggungjawab. Tanggungjawab tidak memilih mana satu yang perlu dilakukan atau tidak, tetapi tanggungjawab memilih prioriti dalam setiap tugasan yang ada. Usaha menjadi orang yang beriman dan beramal soleh seharusnya mendorong seseorang untuk menghargai masa agar dia tidak digolongkan dalam golongan orang yang rugi seperti yang termaktub dalam surah al-'Asr. Hati selalu memujuk ag…

Tidak Sampai...

Ada yang tidak terluah, aku bersuara, tiada jeritan yang terdengar; bisikan dan siulan tak termampu juga, sekadar tersimpan membarisi kata-kata hati yang elok tersusun, ketaranya tidak kelihatan apatah kentara yang terzahir di riak wajah, petanda kedaifan hati mengungkapkan, mengharap cuma saksi mata kebenaran hati, saat bibir mengatup mulut, untaian terus bersembunyi, menyorok di celahan keakuan sebenar, realiti kekal fantasi, ilusi bukti mimpi.