Posts

Showing posts from February, 2012

Masih Ada Yang Peduli

Apabila kaki tersadung dan terjatuh, pilihan yang ada cuma dua; kekal terduduk dan terbaring, atau menongkat tangan sendiri untuk kembali berdiri. Dalam persahabatan, ada pertemuan dan perpisahan. Dalam kehidupan, ada manis dan pahit. Dalam usaha, ada senang dan susahnya. Hukum ketetapan dan ketentuan Allah juga meletakkan ada hikmah dan ujiannya. Berbahagialah orang yang meletakkan positif dalam setiap negatif yang berlaku.Semangat dalam berusaha untuk melaksanakan sesuatu itu kekuatan yang paling mendorong seseorang untuk terus tidak mengenal erti putus asa. Keyakinan bahawa pertolongan daripada Allah itu sentiasa tersemat dalam hati. Biar apapun cabaran yang mendatang, kekuatan semangat dalam dirinya sendiri terus mengasak untuk tidak berhenti mencapai tujuan.Namun, keindahan siang pasti disusuli dengan kegelapan malam. Sunnatullah menetapkan siang tidak akan kekal memancarkan sinarnya secara berterusan kerana menugaskan malam untuk menutup sinar matahari dan hanya kelihatan di seb…

Maka, Bertenanglah

Tenang dan bertenang. Apabila ada sesuatu yang melanda diri, bertenanglah. Baik perkara itu terlalu menggembirakan atau menyedihkan. Ketenangan itu boleh dipupuk dan dicari.

Situasi mudah, apabila datang khabar gembira dalam diri kita contohnya mendapat nikmat yang tidak disangka-sangka, bertenanglah dalam mengkhabarkan kepada orang lain. Benar, kita ingin berkongsi. Namun, berhati-hatilah dalam berkongsi kerana silap-silap ia menjadi perkara riyak dan takabbur buat diri sendiri. Ketenangan mudah pada ketika itu; alhamdulillah. Raikan ia dengan cara sederhana dan tidak melampau. Paling penting, berniatlah untuk orang lain turut merasai kegembiraan tersebut.

Ketenangan yang dicari akibat kesedihan yang melanda tidak memerlukan wang ringgit. Siapa yang tidak sedih apabila nikmatnya ditarik lebih-lebih lagi sesuatu yang disayangi. Maka, bertenanglah. Carilah ketenangan tersebut dengan mengembalikan diri dan fikiran kita kepada Allah. Hanya Dia yang Mengetahui betapa besar dan hebatnya hikm…

Permulaan yang Lebih Mencabar

Maka, berakhirlah cuti semester selama empat minggu selepas tamat peperiksaan. Sebetulnya, semester baru telah bermula pada minggu lepas. Cuma, dalam tempoh tersebut hanya urusan pendaftaran subjek, mahallah, pelajar baru dan sebagainya. Minggu ini kuliah akan bermula seperti biasa.
Lalu di sepanjang kampus petang tadi, kemeriahan semester baru mula terasa. Khemah banyak dipasang. Susah tentu banyak aktiviti yang akan diadakan sepanjang semester ini. Lalu lagi di Convest Hill. Suatu hari nanti, tempat itu akan meraikan kepergian aku dari Taman Ilmu dan Budi ini. Pasti akan aku tinggalkannya.
Sepanjang cuti empat minggu ini, terlalu banyak peristiwa yang terjadi. Episod demi episod mengambil giliran dalam perjalanan hidup. Menjadikan berfikir dan membuat keputusan itu satu kemestian yang perlu dilakukan. Biarpun ia adalah keputusan kita sebagai manusia, namun hakikatnya itulah qadak dan qadar Allah buat kita. Kalaupun tidak Dia ilhamkan kita untuk membuatnya, pasti disampai kepada manusi…