Posts

Showing posts from January, 2012

Cerpen: Fitrah Berbeza

Image
Oleh Khadijah Khalilah Abdul RashidAtiqmelipat kemas selimutnya. Rakan-rakan lain ada yang sudah bangun, ada yang belum. Bukhari yang berada di sebelah katil Atiq masih lagi diulit selimut. Atiq terus ke bilik air dan sebelum itu sempat menggerakkan Bukhari yang masih lena dalam tidur.“Aku menyesal tidak bangun pagi tadilah, Atiq.” Bukhari mengeluh kesal sewaktu rehat tengah hari itu. Matanya tertancap ke luar melalui tingkap kelas Tingkatan 1 Uhud. Sinaran matahari terlalu terik walaupun berada di bawah bumbung kelas.“Lain kali, apabila ada orang kejut engkau bangun sahur, terus tarik baldi bukannya tarik selimut. Ustaz Azfar selalu berpesan bahawa ada keberkatan kalau kita bersahur.” Atiq mengingatkan Bukhari yang sedang mencapai buku teks dan disusun di atas meja untuk diletakkan kepalanya.“Aku ingat hendak ambil keberkatan melewatkan waktu sahur, tidak sangka pula terlewat sampai pukul 6.30 pagi. Sudahnya, sahur tidak dapat, solat Subuh pula masbuk.” Makin berganda kesal Bukhari.S…

Perancangan

Memulakan sesuatu dengan nama Allah, disertakan puji-pujian kepada-Nya dengan menyebut al-Rahman dan al-Rahim pasti akan mendatangkan keyakinan dalam diri kita untuk melakukan sesuatu perkara.
Kalau boleh, kita ingin perkara yang berlaku itu adalah sesuatu yang berada dalam perancangan kita. Ya, seperti yang kita inginkan. Sebermula angan-angan dan impian yang terlintas dalam kotak fikiran, kemudian bayangan prosedur dan natijah yang akan kita hadapi dan tugas kita hanya melaksanakannya.
Namun, itulah hakikat perancangan kita sebagai manusia. Bukankah kita telah mengetahui bahawa sebaik-baik Perancangan ialah Allah s.w.t. Dia yang Menjadikan kita, Dia yang akan Mematikan kita dan Dialah Penentu segala-galanya.
Biarpun sejauh mana perancangan kita yang memakan masa bertahun-tahun, seluruh tenaga dan perasaan dikorbankan, ribuan wang ringgit dilaburkan, namun itulah kelemahan kita insan yang terlalu kerdil. Jangan dipersalahkan mengapa takdir begini dan kenapa takdir bukan begitu. Takdir a…

Diri Kita

Memberi idea tidak boleh dipaksa, namun ia boleh dirangsang. Apabila datang seseorang kepada kita bertanyakan apa pendapat kita tentang sesuatu kita, boleh jadi kita akan memberikan respons kepadanya dan mungkin kita tidak mampu untuk mengeluarkan apa-apa pendapat seperti yang dia kehendaki.
Biarpun dirayu berulang kali untuk memberikan pendapat walaupun sedikit cuma, namun andai idea itu bukan berlegar-legar dalam kotak fikirannya, mana mungkin ia akan terluah. Andai sabar dan ruang berfikir itu diberikan, dalam tempoh beberapa masa nanti pasti kita akan kembali kepadanya dan mengetengahkan tentang idea dan pendapat yang ada di fikiran kita. Itulah kuasa berfikir dengan tenang.
Masa satu bulan tampak singkat namun, akan berlalu tanpa disedari. Sehari demi sehari dihitung, setiap tarikh pasti akan bertukar. Bukan menghitung untuk sampai ke mana-mana tarikh, tetapi apakah yang telah berlaku dan berlaku kelak. Apabila sampai ke suatu tarikh, dilihat kembali ke belakang. Soroton yang berla…