Posts

Showing posts from 2012

Usia

Usia bukan sekadar angka yang dihitung sebermula kita dilahirkan.

Perjalanan menuntut ilmu di sekolah rendah adalah usia.

Usia terus dihitung dalam alam sekolah menengah.

Usia menjadi semakin mencabar di antara peringkat remaja dengan dewasa. Itulah usia identiti diri dicari.

Sebuah perkenalan itu juga adalah usia kerana perpisahan tetap akan berlaku.

Tempoh bekerja masih memerlukan perhitungan usia.

Persahabatan yang disemai dengan jalan yang benar akan membenarkan orang yang berada padanya akan tidak jemu dengan pertambahan usia persahabatan mereka.

Usia mematangkan aku. Usia membawa aku mengenali segala-galanya. Usia mampu menyusun kehidupan aku sedikit demi sedikit. Memberi peluang untuk aku mencuba sesuatu yang baru, mengenali seseorang dan pelbagai jenis orang lagi serta mewajibkan aku melalui pengalaman hidup itu sendiri.

Terima kasih ya Allah atas nikmat usia ini.

Selamat Pengantin Baru Izzati

Image
Kami sekelas sejak darjah satu lagi. Semasa darjah satu pada tahun 1994, dia duduk di hadapan aku. Kami tidak rapat dan tidak juga “berkawan”. Punca pergaduhan kerana salah seorang daripada kami ingin meminjam pensel warna daripada salah seorang antara kami berdua, tetapi tidak diberi.
Hari pertama bagi persekolah pada tahun 1995, aku mengambil tempat duduk di belakang kelas. Semua tempat telah penuh kecuali dua buah meja dan kerusi di hujung kelas. Rupa-rupanya dia pun turut lambat dan menyebabkan kami duduk bersebelahan. Kedudukan meja ini kekal sehingga akhir tahun. Bermula tahun ini, kami menjadi rapat. “Sengketa pensel warna” seolah-olah tidak pernah berlaku.
Tahun-tahun berikutnya, kami duduk bersebelahan lagi dan sudah tentunya kami ditempatkan di kelas yang sama setiap tahun sehingga tahun terakhir persekolahan kami di sekolah rendah. Ternyata kami memilih untuk bersekolah di sekolah yang sama apabila bertukar ke alam sekolah menengah.
Pada Mac 2001, ketika itu kami berada di ti…

Wahai Hati...

Wahai hati, Kau menjadi kekuatan utama dalam diri manusia untuk mengawal setiap perlakuan kami. Kau hanya seketul daging yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar begitu juga bukan dapat disentuh oleh tangan manusia. Benar, dudukmu dalam diri manusia yang diakui kewujudannya pada diri kami. Jika kau baik, maka baiklah perjalanan diri kami. Namun, sebaliknya berlaku jika kau bertindak luar kebiasaan.
Wahai hati,  Kau berada jauh dari mata, namun kau mendahului perananmu sebelum mata melihat dan memandang sesuatu. Kau juga jauh dengan bibir dan lidah yang menuturkan pelbagai kata-kata, tetapi kau masih mendahului rangka barisan kata-kata yang akan diucapkan di bibir. Kaki dan tangan juga tidak terletak berhampiran denganmu, namun kau juga yang merajai kedua-duanya. Biarpun tangan mampu mencari di mana letaknya kau, ia hanya mampu diraba dan dicari dari luar sahaja.
Wahai hati, Sentiasalah beringat dalam memimpin anggota lain yang ada pada tubuh ini. Kembalikan fitrah manusia yang sent…

Pengkisahan 20 Mei

20 Mei sudah berulang sebanyak 25 kali sejak tahun 1987. Alhamdulillah, Allah masih memberikan nikmat kesihatan yang baik untuk saya, dan nikmat iman dan Islam yang pastinya paling terbesar buat diri ini.

Pengkisahan 20 Mei asalnya ingin membuat satu soroton yang berlaku pada 20 Mei setiap tahun. Namun, apakan daya tiada upaya untuk mencatatkan setiap yang berlaku setiap tahun secara terperinci. Yang pasti, terima kasih buat keluarga dan sahabat yang sentiasa mendoakan segala yang terbaik buat diri saya, sama ada sempena 20 Mei ini atau tidak. Yang pasti, doa kalian yang ikhlas ini pasti menjadi perkara terindah buat saya.

Bersempena 20 Mei tahun ini, saya dapat keluar bersama-sama rakan baik saya yang turut menghadiahkan senaskhah al-Quran istimewa. Terima kasih sahabat. :)

Gen-Q 10: Berani untuk Jujur

Image
Sesungguhnya, orang yang mengetahui hakikat terhadap perkara yang ingin dicarinya akan berasa ringan terhadap apa-apa yang dilakukannya. Orang yang merasakan manisnya sesuatu dan mencintainya dengan bersungguh-sungguh pasti tidak kalah apabila menanggung kesukaran dan tidak peduli dengan apa yang perlu dilakukannya.
Jiwa kental mereka sedar bahawa hidup tanpa matlamat dan tujuan akan merugikan diri sendiri. Matlamat seorang yang positif menggariskan keuntungan yang diperoleh bukan hanya untuk memuaskan diri sendiri semata-mata, tetapi mengambil kira kegembiraan keluarga dan orang di sekeliling. Yang paling penting, dia tidak mahu rugi dalam meraih keberkatan Allah s.w.t. dalam setiap perbuatannya. Menarik bukan?
Tetapkan Niatmu. Kolum Iktibar. Majalah Gen-Q isu no. 10.  halaman. 30.

Apabila diri buntu mencari kaedah lain untuk menyelesaikan permaslahan yang timbul, Islam menunjukkan jalan keluarnya dengan mengerjakan solat duha. Roh solat duha yang dilaksanakan pada waktu duha dapat menj…

Bernafas

Sungguh, semakin mempelajari pengalaman hidup, semakin kita diuji dengan pengurusan waktu. Pengurusan yang baik memberi peluang nikmat terbesar; bernafas untuk sentiasa mengambil tempat dalam setiap keadaan dan tugasan yang dilakukan. Tugasan demi tugasan yang datang bukanlah ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, bahkah kesemua tugasan tersebut menjadi medan untuk kita berada lebih terkehadapan dalam usaha menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam.  Hambatan waktu mendesak kita untuk terus-menerus menyelesaikan segalanya. Kita tak akan kenal erti putus asa jika dalam diri sudah dipasakkan dengan rasa tanggungjawab. Tanggungjawab tidak memilih mana satu yang perlu dilakukan atau tidak, tetapi tanggungjawab memilih prioriti dalam setiap tugasan yang ada. Usaha menjadi orang yang beriman dan beramal soleh seharusnya mendorong seseorang untuk menghargai masa agar dia tidak digolongkan dalam golongan orang yang rugi seperti yang termaktub dalam surah al-'Asr. Hati selalu memujuk ag…

Tidak Sampai...

Ada yang tidak terluah, aku bersuara, tiada jeritan yang terdengar; bisikan dan siulan tak termampu juga, sekadar tersimpan membarisi kata-kata hati yang elok tersusun, ketaranya tidak kelihatan apatah kentara yang terzahir di riak wajah, petanda kedaifan hati mengungkapkan, mengharap cuma saksi mata kebenaran hati, saat bibir mengatup mulut, untaian terus bersembunyi, menyorok di celahan keakuan sebenar, realiti kekal fantasi, ilusi bukti mimpi.

Keluarga Salsabiela

Rindukan Maghribi, tetapi tidak tahu bagaimana untuk menzahirkannya.
Rindukan ahli Salsabiela, namun tidak cukup sekadar mengucapkan untuk melepaskan rindu.

Keluarga Salsabiela semakin membesar. Kalau buat "family tree", dah banyak rantingnya. :) Jom senaraikan keluarga Salsabiela!

Kak Su + Asmadi
Kak Ayu + Sabri + Baby Boy
Kak Kay + Tengku + Fateh + Falah
Kak Iman + Zul + Nuruddeen
Anis + Syah + Alyssa
Aina + Fikri + Taqwa + Adam

Semoga keluarga ini terus bertambah ahlinya, kita saling bertukar khabar berita dan paling penting kenangan kita tak pernah dilupakan. Jom buat gathering nak?

Meneruskan Langkah

Apabila mengenangkan setiap apa yang berlaku, pasti kita akan tersenyum. Senyuman tersebut mungkin kerana ia adalah kenangan yang manis, mungkin juga sesuatu yang bermakna dalam hidup dan boleh jadi sesuatu yang pahit. Benar, senyuman mentafsirkan kegembiraan yang ada dalam diri seseorang, namun senyuman itu juga menutup sebuah kesedihan.
Suatu masa, kita akan berasa bosan dengan kepura-puraan yang semakin ketara ditunjukkan oleh orang lain. Berpura-pura gembira, menagih simpati, mengalirkan air mata untuk mempamerkan betapa sedihnya dia dan melepaskan sesuatu seolah-olah tidak pernah berlaku apa-apa. Perasaan bosan tersebut sedikit demi sedikit mengikis sifat percaya kita pada kejujuran yang pernah ditonjolkan suatu ketika dahulu. Hati mengandaikan sedemikian, namun mulut mula berbicara seperti yang bukan dijangkakan.
Tempoh waktu bertenang bukan lagi suatu yang relevan untuk diambil dan dibawa bersama. Mengharapkan keadaan menjadi normal dengan masa hadapan tidak sekuat pengalaman …

Kerana Rendah Diri

HAJATNYA mahu menziarahi teman lama, namun tidak disangka ada tetamu-tetamu lain turut bersamanya. Mula memperkenalkan diri tetapi ada seorang teman yang seperti mahu tidak mahu ingin memperkenalkan dirinya. Seolah mengenali salah seorang tetamunya, penziarah tadi memulakan bicara. Sekali lagi seperti mahu tidak mahu menjawab. Lalu, penziarah bersama-sama teman lama dan para tetamu lain saling bertukar cerita. Indah hidup berjiran, saling mengemas kini aktiviti yang sedang dilakukan dan bertukar pendapat juga. Kehadiran si penziarah tadi ternyata tidak berapa disenangi salah seorang tetamunya. Ceritera tentang dirinya diangkat melambung ke langit menjadikan telingan kami yang berada di atas tanah ini sebagai tadahan untuk menerimanya. Menadah tidak bermakna menerima tetapi mengangguk kerana meraikannya. Lebih-lebih si penziarah tadi kerana itulah pertemuannya yang pertama. Tindakan si penziarah yang biasa-biasa dan merendah diri menyebabkan si dia lebih mengangkat dirinya. Terkejut si…
Graf penulisan saya dalam blog ini semakin menurun bulan demi bulan. Semoga saya dapat meningkatkannya kembali nanti, insya-Allah.

Bertekunlah untuk Ilmu

Peristiwa demi peristiwa terakam dalam akhbar beberapa minggu ini. Bahkan, bukan minggu atau bulan, dan mungkin tahun. Anak hilang, anak lemas, anak meninggal dan semua peristiwa sedih menimpan kanak-kanak bawah umur.
Andai zaman jahiliah yang menanam dan membunuh anak perempuan hidup-hidup juga mempunyai akhbar untuk merakam semua peristiwa kematian anak-anak perempuan pada zaman itu, pasti ia sama berlaku kini. Setiap hari pasti dihidangkan berita yang sama! Bezanya, zaman kini tidak mengenal jantina; lelaki atau perempuan.
Andai anak tersedak susu di pusat jagaan, pasti disalahkan orang yang seharusnya menjaga. Andai anak tersebut dirogol dan dibunuh, sibuk dicari perogol dan pembunuhnya. Dan begitulah seterusnya mencari pesalah yang menyebabkan kejadian ini berlaku.
Peristiwa demi peristiwa yang berlaku dapat saya simpulkan tentang suatu perkara. Saya melihat latar belakang ibu bapanya, terutama dari umur mereka. Nah, jangkaan saya tidak tersasar! Rata-rata umur ibu bapa mangsa adala…

Dari Bawah

Esok genap setengah bulan bagi bulan Mac. Tetapi, ini entri pertama saya untuk bulan ini. Menyorot kembali dua bulan sebelumnya, saya hanya mampu menulis tiga entri sahaja untuk setiap bulan. Sungguh, bukan salah masa dan juga bukan salah kerja yang menimbun. Salah diri sendiri yang tidak cukup berdisiplin! Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.
Apabila ada sekumpulan pelajar lepasan ijazah sibuk mengomel dan merungut tiada peluang pekerjaan buat mereka kerana golongan "veteran" sibuk menyambung kontrak dan tidak mahu pencen, terdapat satu perkara yang kurang diambil perhatian oleh para graduan ini. Merungut dan mengeluh bukan jalan penyelesaian, bahkan jalannya adalah berusaha!
Pernah berhadapan dengan sebilangan graduan suatu ketika dahulu. Mereka bertanya tentang peluang pekerjaan, tetapi dalam masa yang sama ada batasan di situ. Tidak mahu pekerjaan sebegitu, mahu yang sebegini. Percaya atau tidak, sudah hampir dua tahun dan mungkin tiga atau empat tahun mereka menja…

Masih Ada Yang Peduli

Apabila kaki tersadung dan terjatuh, pilihan yang ada cuma dua; kekal terduduk dan terbaring, atau menongkat tangan sendiri untuk kembali berdiri. Dalam persahabatan, ada pertemuan dan perpisahan. Dalam kehidupan, ada manis dan pahit. Dalam usaha, ada senang dan susahnya. Hukum ketetapan dan ketentuan Allah juga meletakkan ada hikmah dan ujiannya. Berbahagialah orang yang meletakkan positif dalam setiap negatif yang berlaku.Semangat dalam berusaha untuk melaksanakan sesuatu itu kekuatan yang paling mendorong seseorang untuk terus tidak mengenal erti putus asa. Keyakinan bahawa pertolongan daripada Allah itu sentiasa tersemat dalam hati. Biar apapun cabaran yang mendatang, kekuatan semangat dalam dirinya sendiri terus mengasak untuk tidak berhenti mencapai tujuan.Namun, keindahan siang pasti disusuli dengan kegelapan malam. Sunnatullah menetapkan siang tidak akan kekal memancarkan sinarnya secara berterusan kerana menugaskan malam untuk menutup sinar matahari dan hanya kelihatan di seb…

Maka, Bertenanglah

Tenang dan bertenang. Apabila ada sesuatu yang melanda diri, bertenanglah. Baik perkara itu terlalu menggembirakan atau menyedihkan. Ketenangan itu boleh dipupuk dan dicari.

Situasi mudah, apabila datang khabar gembira dalam diri kita contohnya mendapat nikmat yang tidak disangka-sangka, bertenanglah dalam mengkhabarkan kepada orang lain. Benar, kita ingin berkongsi. Namun, berhati-hatilah dalam berkongsi kerana silap-silap ia menjadi perkara riyak dan takabbur buat diri sendiri. Ketenangan mudah pada ketika itu; alhamdulillah. Raikan ia dengan cara sederhana dan tidak melampau. Paling penting, berniatlah untuk orang lain turut merasai kegembiraan tersebut.

Ketenangan yang dicari akibat kesedihan yang melanda tidak memerlukan wang ringgit. Siapa yang tidak sedih apabila nikmatnya ditarik lebih-lebih lagi sesuatu yang disayangi. Maka, bertenanglah. Carilah ketenangan tersebut dengan mengembalikan diri dan fikiran kita kepada Allah. Hanya Dia yang Mengetahui betapa besar dan hebatnya hikm…

Permulaan yang Lebih Mencabar

Maka, berakhirlah cuti semester selama empat minggu selepas tamat peperiksaan. Sebetulnya, semester baru telah bermula pada minggu lepas. Cuma, dalam tempoh tersebut hanya urusan pendaftaran subjek, mahallah, pelajar baru dan sebagainya. Minggu ini kuliah akan bermula seperti biasa.
Lalu di sepanjang kampus petang tadi, kemeriahan semester baru mula terasa. Khemah banyak dipasang. Susah tentu banyak aktiviti yang akan diadakan sepanjang semester ini. Lalu lagi di Convest Hill. Suatu hari nanti, tempat itu akan meraikan kepergian aku dari Taman Ilmu dan Budi ini. Pasti akan aku tinggalkannya.
Sepanjang cuti empat minggu ini, terlalu banyak peristiwa yang terjadi. Episod demi episod mengambil giliran dalam perjalanan hidup. Menjadikan berfikir dan membuat keputusan itu satu kemestian yang perlu dilakukan. Biarpun ia adalah keputusan kita sebagai manusia, namun hakikatnya itulah qadak dan qadar Allah buat kita. Kalaupun tidak Dia ilhamkan kita untuk membuatnya, pasti disampai kepada manusi…

Cerpen: Fitrah Berbeza

Image
Oleh Khadijah Khalilah Abdul RashidAtiqmelipat kemas selimutnya. Rakan-rakan lain ada yang sudah bangun, ada yang belum. Bukhari yang berada di sebelah katil Atiq masih lagi diulit selimut. Atiq terus ke bilik air dan sebelum itu sempat menggerakkan Bukhari yang masih lena dalam tidur.“Aku menyesal tidak bangun pagi tadilah, Atiq.” Bukhari mengeluh kesal sewaktu rehat tengah hari itu. Matanya tertancap ke luar melalui tingkap kelas Tingkatan 1 Uhud. Sinaran matahari terlalu terik walaupun berada di bawah bumbung kelas.“Lain kali, apabila ada orang kejut engkau bangun sahur, terus tarik baldi bukannya tarik selimut. Ustaz Azfar selalu berpesan bahawa ada keberkatan kalau kita bersahur.” Atiq mengingatkan Bukhari yang sedang mencapai buku teks dan disusun di atas meja untuk diletakkan kepalanya.“Aku ingat hendak ambil keberkatan melewatkan waktu sahur, tidak sangka pula terlewat sampai pukul 6.30 pagi. Sudahnya, sahur tidak dapat, solat Subuh pula masbuk.” Makin berganda kesal Bukhari.S…

Perancangan

Memulakan sesuatu dengan nama Allah, disertakan puji-pujian kepada-Nya dengan menyebut al-Rahman dan al-Rahim pasti akan mendatangkan keyakinan dalam diri kita untuk melakukan sesuatu perkara.
Kalau boleh, kita ingin perkara yang berlaku itu adalah sesuatu yang berada dalam perancangan kita. Ya, seperti yang kita inginkan. Sebermula angan-angan dan impian yang terlintas dalam kotak fikiran, kemudian bayangan prosedur dan natijah yang akan kita hadapi dan tugas kita hanya melaksanakannya.
Namun, itulah hakikat perancangan kita sebagai manusia. Bukankah kita telah mengetahui bahawa sebaik-baik Perancangan ialah Allah s.w.t. Dia yang Menjadikan kita, Dia yang akan Mematikan kita dan Dialah Penentu segala-galanya.
Biarpun sejauh mana perancangan kita yang memakan masa bertahun-tahun, seluruh tenaga dan perasaan dikorbankan, ribuan wang ringgit dilaburkan, namun itulah kelemahan kita insan yang terlalu kerdil. Jangan dipersalahkan mengapa takdir begini dan kenapa takdir bukan begitu. Takdir a…

Diri Kita

Memberi idea tidak boleh dipaksa, namun ia boleh dirangsang. Apabila datang seseorang kepada kita bertanyakan apa pendapat kita tentang sesuatu kita, boleh jadi kita akan memberikan respons kepadanya dan mungkin kita tidak mampu untuk mengeluarkan apa-apa pendapat seperti yang dia kehendaki.
Biarpun dirayu berulang kali untuk memberikan pendapat walaupun sedikit cuma, namun andai idea itu bukan berlegar-legar dalam kotak fikirannya, mana mungkin ia akan terluah. Andai sabar dan ruang berfikir itu diberikan, dalam tempoh beberapa masa nanti pasti kita akan kembali kepadanya dan mengetengahkan tentang idea dan pendapat yang ada di fikiran kita. Itulah kuasa berfikir dengan tenang.
Masa satu bulan tampak singkat namun, akan berlalu tanpa disedari. Sehari demi sehari dihitung, setiap tarikh pasti akan bertukar. Bukan menghitung untuk sampai ke mana-mana tarikh, tetapi apakah yang telah berlaku dan berlaku kelak. Apabila sampai ke suatu tarikh, dilihat kembali ke belakang. Soroton yang berla…