Posts

Showing posts from November, 2011

Doakan Untuk Saya

Alhamdulillah, majlis kenduri pernikahan dan perkahwinan Abg Azlee dan Hannah berjalan dengan lancar. Tahniah diucapkan buat pasangan pengantin baru. :)
Saya tahu masa semakin suntuk. Semester ini akan berakhir kurang dari tiga bulan. Bermakna, peperiksaan akan saya tempuh tidak lama lagi. Seperti biasa, kami dibekalkan dengan tugasan dan sesi pembentangan. Tugasan demi tugasan menunggu untuk disiapkan dan dihantar. Alhamdulillah, setakat ini sesi pembentangan yang ditugaskan kepada saya telah dapat disempurnakan. Cuma, deretan tugasan kertas kerja yang masih berbaki. Mohon doakan agar saya mempunyai kesempatan masa untuk menyiapkannya dengan baik.
Setelah beberapa hari tidak berada di hadapan laptop, ada berita baru untuk saya. Ya, tarikh peperiksaan telah diiklankan oleh pihak universiti. Mengambil empat subjek bukan suatu perkara yang mudah saya rasakan. Lebih-lebih lagi pada semester ini saya mengambil keputusan untuk berkerja sambilan. Dan, saya berhasrat untuk menghantar research …

Memanfaatkan Keadaan

Image
Dapatkan Solusi isu 38 di pasaran! :)
Melihat kepada aktifnya universiti di Malaysia menganjurkan pelbagai aktiviti, ada suatu yang mengesankan dalam diri saya. Saya mengaku, sepanjang keberadaan saya di universiti di Malaysia, saya jarang mengambil peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti. Baik dari segi program santai atau aktiviti yang agak berat, juga aktiviti dalam atau luar kampus. Dahulu, saya pernah menganjurkan dan menjadi peserta bagi aktiviti yang dijalankan. Sesungguhnya, pengalaman yang didapati melalui program yang dijalankan dan disertai itu menjadikan siapa diri saya sekarang. saya pasti, bukan saya sahaja, malah ribuan manusia yang pernah bergelar pelajar khususnya penuntut universiti.
Menjadi seorang pelajar, perkara yang sangat selesa dapat dilakukan adalah memberi yang terbaik. Terbaik yang dimaksudkan adalah melakukan apa jua perbuatan yang dapat memudahkan orang lain. Memudahkan tidak bermakna memuaskan hati mereka, tetapi ada pengajaran yang ingin kita selitkan d…

Semoga Saya Terus Menulis

Saya pernah diperkenalkan kepada seseorang oleh seorang rakan pada tahun 2006. Dia membangkitkan saya untuk mengenali lebih dekat dengan dunia penulisan khususnya dalam bidang sastera. Didorong dengan "tag nama" pelajar bahasa dan sastera Arab, saya mencuba. Saya diajar tentang selok-belok penulisan khususnya penulisan puisi. Ada mesej, ada matlamat yang perlu saya ketengahkan dalam bidang ini. Yang pasti, saya berpuas hati dengan permulaan ini.
Pada tahun 2007, saya berpeluang mengenali beberapa penulis tanah air yang sudah sedia terkenal. Biarpun saya bukannya peminat setia dengan membeli semua karya mereka, saya inginkan semangat menulis mereka. Saya tahu bahawa saya belum mampu untuk menjadi seperti mereka, tetapi saya bersyukur atas ilmu penulisan yang mereka kongsi bersama. Berkenalan dalam sebuah bengkel yang beberapa hari cuma, saya turut berkenalan dengan beberapa rakan lain yang sama-sama ingin menadah ilmu daripada mereka yang berpengalaman. Kesempatan ini, bidang …

Jawapan Persoalan?

Pasti terdapat banyak persoalan dalam diri anda apabila berlaku suatu peristiwa. Apabila sesuatu perkara itu terjadi, kenapa dan mengapa sering kali diulang dalam fikiran. Kalau boleh, ingin mencari punca mengapa ia terjadi dan kenapa seharusnya begitu?

Allah s.w.t. telah menetapkan segala yang berlaku dan akan berlaku. Tetapi, jiwa manusia sentiasa mencari-cari tentang punca tersebut. Fikiran berjalan ke sana-sini, menerawang ke hulu dan ke hilir dan seterusnya terus terbang berpusing-pusing di benak fikiran. Tetapi, kenapa perlu berlaku semua ini?

Mulut dan tangan mengiyakan, namun hati dan fikiran masih menemui jawapannya. Adilkah jika kata putus itu hanya pada percakapan dan penulisan? Bahasa hati siapa yang mahu memahami? Bolehkah ia ditafsir sendiri oleh mereka yang sebenarnya buta pada perasaan hati? Sudahnya, hati dan fikiran ditinggalkan di belakang lalu berjalan pergi mengikut “kehendak” anggota lain.

Lalu, satu perkara yang perlu ditetapkan. Apapun yang berlaku, belajar mengho…

Berhati-hati Menjaga Hati

Kata-kata itu dikeluarkan oleh mulut, perkataan dinukil dalam penulisan. Sesungguhnya, bahasa dan manusia itu tidak dapat dipisahkan. Menjadi manusia sebenarnya menjadikan bahasa yang ada pada manusia itu kelihatan indah dan teratur.
Hati saya sedikit kecewa apabila membaca penulisan sebahagian manusia. Bukan penulisan artikel, buku mahupun apa-apa makalah. Penulisan yang saya maksudkan adalah perkongsian yang dikongsikan oleh rakan-rakan dalam laman sosial Facebook.
Saya kecewa kerana kegembiraan yang seseorang peroleh terlampau dizahirkan dengan tujuan untuk pembacaan rakan-rakan dan orang ramai. Kegembiraan itu, ada yang perlu dizahirkan dan ada yang perlu jadikan sebagai rahsia umum.
Seharusnya, sebelum melahirkan rasa perasaan, kita perlu memikirkannya terlebih dahulu. Andai kegembiraan tersebut dibaca oleh mereka yang telah lama menanti untuk mendapatkannya, bukankah mereka akan bersedih?
Habis, kena menulis sesuatu yang sedih? Tidak, saya tidak menafikan agar tidak berkongsi kege…