Posts

Showing posts from September, 2011

Out of The Box

Ya, itu yang selalu setiap orang inginkan. Sentiasa ingin menjadi lain daripada yang lain. Tidak semestinya dari segi penampilan atau percakapan, apa yang ada dari dalam diri seseorang itu seboleh mungkin inginkan kelainan.

Apabila menyebut tentang kelainan dalam diri masing-masing, perkara utama yang perlu seseorang gariskan dalam dirinya; apabila inginkan kelainan, jangan ada sikap "meniru bulat-bulat" daripada diri orang lain. Benar, apabila kita melihat seorang yang hebat, contohnya seorang pensyarah yang mengingati semua jenis buku, penulis dan kandungannya, beliau bersuara lantang dan bersemangat ketika menyampaikan syarahannya, dan dia dikenali sebagai seorang pengkaji yang baik dalam bidangnya, maka, tirulah dia. Namun, jangan tiru sepenuhnya. Mencari kelainan dalam diri dengan menjadikan beliau sebagai matlamat untuk kita menjadi seorang pensyarah sepertinya, namun biarlah ada satu nilai tambahan dalam diri kita yang tidak sempat beliau peroleh.

Janganlah apabila kita…

Jemputan

Sebut tentang jemputan, memang banyak jemputan yang aku peroleh. Musim raya itulah musim kahwin. Jemputan rumah terbuka daripada rakan sekolah, universiti, pejabat, saudara-mara semuanya banyak. Maaf, tidak dapat memenuhi undangan kalian. Semoga majlis kalian berjalan dengan lancar. Begitu juga undangan ke rumah untuk beraya, maaf maaf maaf tidak dapat memenuhi jemputan.

Begitu juga dengan jemputan ke kenduri kahwin. Alhamdulillah, banyak kad undangan dan undangan yang aku peroleh. Namun, tidak dapat memenuhi undangan keseluruhannya. Maaf juga. Moga-moga perjalanan majlis kalian Allah permudahkan.

Selamat pengantin baru buat:
Kak Su & Suami
Zahirah & Suami
Diyana & Warouq
Hamizah & Suami
Syafiah & Suami
Sakinah & Syakir

Oh, satu lagi jemputan adalah jemputan untuk menulis. Hoho. Semoga aku bertenaga untuk terus menulis. Semoga memberi manfaat untuk orang lain, insya-Allah.

Semester baru telah bermula. Seperti yang telah dijangka, minggu pertama agak kelam kabut. Bukan pe…

Santai 2

Mari kita bercerita. :)

Salam Aidilfitri buat pembaca blog aku ini. Semoga tarbiah pada Ramadan lalu menjadi semangat untuk diri ini dan kalian untuk menjadi semakin dekat dengan Allah s.w.t.

Alhamdulillah, tradisi balik kampung masih keluarga aku jalankan walapun atok dan nenek kedua-dua belah pihak; ibu dan ayah sudah tiada. Sebenarnya, kampung tanpa orang tua (atok dan nenek) memang lain benar perasaan dan sambutannya. Alhamdulillah, aku pernah merasai nikmat beraya bersama atok dan nenek.

Selamat Pengantin Baru buat Kak Suriati Abdullah dan suami. Juga adik Kak Su; Rosnani Abdullah. Tahniah dan tahniah. Semoga pernikahan kalian diberkati Allah dan semoga juga dengan pernikahan ini dapat memimpin hidup kalian ke jalan yang lebih bermakna. Maaf tidak dapat hadir.

Minggu depan, kelas akan bermula. Semester ini aku ambil 4 subjek. Agak banyak sebenarnya, tapi cuba untuk membuat yang terbaik. Dan minggu depan juga akan bermulalah rutin hidup yang baru. Jika selama 4 bulan lebih aku bekerja…

Memilih Pilihan

Salam Aidilfitri. Semoga fitrah manusia; sentiasa ingin pada perkara kebaikan masih tetap dalam hati kita semua. Alhamdulillah, dapat bercuti seminggu untuk Aidilfitri kali ini dan dapat melalui seperti biasa.

Tahniah buat rakan-rakan di Maghribi yang dapat melanjutkan pengajian di IPTA Malaysia tidak kira di mana-mana universiti sahaja. Tiada istilah, itulah universiti yang baik, itulah universiti yang selalu mendapat kedudukan tertinggi di Malaysia, di dunia dan pelbagai lagi. Pokoknya sama; kesungguhan untuk mendapatkan ilmu, ilmu yang formal untuk memperoleh sijil kelayakan, sijil yang akan dinilai oleh manusia sama ada untuk mendapat pekerjaan yang sesuai serta mendapat "pengiktirafan" daripada manusia sendiri untuk diberi tunjuk ajar dan pandangan. Nilaian Allah s.w.t. itu terletak pada hati kita; sejauh mana sifat ikhlas disematkan dalam hati-hati yang ingin menuntut ilmu-Nya.

Apabila melihat "budaya" sambung belajar dalam kalangan keluaran Maghribi, aku ter…