Posts

Showing posts from August, 2011

Takdir

Satu perkataan dan keadaan yang aku pelajari beberapa hari lepas; takdir. Sesungguhnya, takdir itu perkara yang benar dan pasti. Allah mentakdirkan setiap apa yang berlaku sekeliling kita.

Seorang guru yang mempunyai prinsip, apabila beliau mendengar bunyi telefon sama ada panggilan masuk atau mesej masuk, tanpa ada pengaruh dan pujukan daripada pelajar-pelajarnya, beliau akan keluar dari dewan pengajian. Ya, itu prinsip beliau dan boleh jadi ada pelajar yang mengatakan beliau tidak berusaha untuk menasihati kesilapan pelajar tersebut. Takdirnya, kuliah tersebut tidak dapat diteruskan dan dihentikan dengan serta merta.

Takdir juga membuat kita untuk sentiasa mencari jalan keluar andai takdir yang diberi itu bukan apa yang kita pinta. Mempunyai satu tujuan, pelbagai usaha yang dilakukan. Kata orang sekeliling: "Insya-Allah pasti kau berjaya.", namun takdir Allah tidak menetapkan sebegitu lalu menjadikan kita terus ligat berfikir, apakah jalan lain yang ada? Asalkan tidak berp…

Terus Bangkit!

Memenuhi permintaan seorang yang kuat; Zahirah, untuk dimotivasikan. Namun, tidak tahu apa yang perlu dihadiahkan buat Zahirah kerana sememangnya dia seorang yang telah termotivasi sekian lama.

Adik,
Kalau semangatmu kini berada di tahap paling bawah untuk menyiapkan tugasan universiti, engkau perlu bangun dan jangan memandang tingkatan yang lebih bawah. Kembalikan semangat sewaktu mula-mula engkau mendapat tahu bahawa permohonan untuk menyambung pengajian tahun lalu, "Kak, saya dapat master!"; itulah yang SMS yang akak peroleh. Akak juga pernah berasa sangat jatuh dalam tempoh pengajian lanjutan yang hanya berusia setahun dua bulan ini. Namun, apabila mengenang kembali betapa susahnya untuk mendapat tempat menyambung pengajian di sini, akak tidak akan membenarkan perasaan itu datang lagi. Benarlah apa yang selalu orang lain katakan; kita lebih menghargai apabila kita merasakan kesusahan itu dengan sendirinya. Jika kawan-kawan kita yang lain lebih senang untuk mendapatkan k…

Maaf

Maaf, maaf dan maaf. Cukupkah hanya dengan tiga kali maaf itu?

Maaf kerana aku tidak beristiqamah untuk mengekalkan penulisan dalam blog ini dengan lebih kerap. Apabila akaun blogspot dibuka, entri terbaru yang ingin ditulis hanya dapat tercoret pada tajuk. Bukan tidak cukup masa, mungkin tidak dapat mengurus masa yang aku ada untuk setiap perkara yang perlu dilakukan. Sebetulnya, blog merupakan tempat yang paling dan paling aku sayang dan kasihkan untuk ditulis sesuatu.

Apabila mengambil keputusan untuk belajar sambil bekerja, aku tahu aku akan berhadapan dengan sesuatu yang sangat tidak stabil. Istilah 'stress' itulah yang keluar dari mulut doktor ketika aku pergi ke klinik, dan disuruh agar lebih rehat dan tenang.

Urusan proposal untuk tesis aku berjalan dengan sangat lambat untuk tempoh tiga minggu ini. Sangat-sangat kesal kerana aku menjadi 'lambat' untuk menguruskannya. Semoga kesempatan masa yang Allah berikan kepada aku menjadikan aku sebagai seorang pengurus y…

Satu Kerugian

Tazkirah malam solat Tarawih di surau Taman Samudera tadi, ada satu poin penting untuk aku kongsikan. Iaitu tukarkan tiada apa-apa kepada rugi.

Selalunya, apabila ditanya apakah itu amalan yang wajib? Jawapan yang pasti, setiap suruhan dan perintah yang mesti dilakukan. Mengerjakannya mendapat pahala dan meninggalkannya mendapat dosa.

Bagaimana pula dengan amalan sunat? Kebiasaannya, jawapan yang diberikan, apabila dilakukan akan mendapat pahala dan meninggalkannya tiada apa-apa; tidak berdosa dan tidak mendapat pahala.

Namun, Ustaz tersebut mengajak para jemaah menukar jawapan tersebut sebagai motivasi untuk kita sendiri. Beliau mengajak bahawa perkara sunat itu adalah melakukannya mendapat pahala, dan meninggalkannya kita akan mendapat rugi.

Ya, benar. Manusia apabila disebut tentang "rugi", semua tidak suka. Apabila membeli barang, semua nak yang murah dan tahan lama. Apabila perlu beratur panjang, mula merungut kerana merugikan masa yang ada dan sebagainya.

Jadi, untuk t…

Salam Ramadan

Selesai mengedit satu artikel berkenaan membazir, lalu aku terpanggil untuk menulis sedikit tentang perkara ini. Sudah pasti, isu membazir menjadi bertambah popular ketika bulan Ramadan dan Syawal nanti.

Sebut sahaja membazir pada bulan Ramadan, pasti fikiran akan tertancap kepada Bazar Ramadan atau Pasar Ramadan. Pasar Ramadan sangat popular di Malaysia ini. Seingat aku, di Maghribi tiada Pasar Ramadan. Kalau adapun, tidaklah sehebat di Malaysia. Dahulu, untuk merasai suasana Pasar Ramadan di Maghribi, aku dan Adillah berjalan ke Jiseng. Hakikatnya, tidak seperti Pasar Ramadan yang ada di Malaysia ini.

Semalam, aku telah diajak teman serumah + sebilik untuk ke Pasar Ramadan berhampiran. Apabila melihat banyak juadah yang dijual, begitu juga dengan beg-beg plastik yang terdapat di tangan para pembeli, aku menggeleng-gelengkan kepala. Niat di penjual untuk memudahkan pembeli agar tidak perlu memasak. Niat pembeli pula untuk bersedekah lebih-lebih lagi pada bulan mulia ini. Tetapi tercapa…