Posts

Showing posts from May, 2011

Adaptasi

Image
Penghujung bulan April yang lalu, aku berkesempatan singgah di Gramedia, Jakarta. Tak berapa jauh dari Kampung Melayu; rumah Rima. Gramedia sebuah toko buku, bukan sahaja menjual buku, majalah dan akhbar, bahkan pelbagai barang yang berkaitan dengannya. Sangat cantik dan menarik. Lebih menarik daripada MPH dan Popular yang ada di Malaysia! Di sana, seperti yang dijangka, terlalu banyak bahan bacaan yang dijual. Rambang mata! Salah satu buku yang menjadi pilihan aku, Dalam Mihrab Cinta.

Kulit belakang novel.

Sebelum ini, Sarah pernah menyarankan untuk mendengar lagu tema filem ini. Lepas mendengar, komentar aku; biasa saja.

Dalam kapal terbang kembali ke Malaysia, aku membaca beberapa muka surat daripada novel ini. Menarik! Usai membaca keseluruhannya, aku berpuas hati dengan jalan ceritanya. Ceritanya sangat hidup! Walaupun novel ini berbahasa Indonesia, aku berasa lebih mengesankan. Pengalaman berada di sana juga mampu untuk aku merasakan kehidupan cerita tersebut.

Ahad lepas, aku menont…

Banyak Masa

Ada masa. Banyak masa. Apa perbezaan untuk kedua-duanya? Persamaan, tentulah berkaitan dengan masa. Perbezaan, yang pertama kita mempunyai masa. Masa yang cukup untuk melakukan sesuatu. Manakala yang kedua, tetap mempunyai masa, tetapi keperluan masa itu tidak diisi dengan sebaiknya. Maka, yang mana selalu kita ungkapkan?

Kata orang, belajar itu tidak terlalu senang.
Apabila kita didorong agar bekerja, belajar masih tidak terlalu senang.
Kesimpulannya, belajar itu yang utama, sebarang faktor lain yang kita tambahkan kepada belajar, mengajar kita untuk menafikan kata-kata tidak cukup masa.

Masa kalau dirasakan banyak, sedikitkan dengan sesuatu yang bermanfaat. Kalau terasa keberadaan masa, penuhilah dengan sesuatu yang sesuai ditempatnya. Jangan menzalimi masa, kelak diri sendiri yang rugi.

(3 perenggan isi terpaksa dihapuskan. Demi menjaga hati semua pihak.)

Isu 32 Solusi; Bahana Hasad! =)

Ikhlas

Siapa yang tahu apa akan berlaku akan datang; tidak kira dalam jangka waktu yang panjang mahupun yang pendek. Semua itu rahsia Allah s.w.t, moga-moga kita bersedia dan mempersiapkan diri untuk apa sahaja yang bakal berlaku.

Jangan pernah terfikir bahawa perancangan kita adalah yang terbaik dalam kalangan perancangan teman lain. Adat kerja berkumpulan, masing-masing ada pemikiran sendiri, juga pendapat yang ingin dikongsi. Namun, jangan terlalu taksub dengan perancangan sendiri sehingga memandang semua yang berada luar pandangan kita adalah salah dan tidak tepat!

Apa yang terjadi, ikhlaskan hati. Hari untuk menerima dan memberi. Hati yang ikhlas itu terlalu sukar untuk dirasa kemanisannya. Boleh jadi kita berlapang dada, mungkin juga fikiran tenang dan barangkali selalu ingin tersenyum untuk semua! Pengikhlasan hati memerlukan pemurnian niat dalam setiap tindakan. Selami makna ikhlas, cuba aplikasikannya, terus-menerus memurnikan hati, dan mungkin itulah manisnya keikhlasan!

* Terima kas…

Nol Dendam

Image
Jangan berdendam. Apakah itu dendam? Dendam perkara tidak baik. Tiada dendam sunat mahupun dendam ke arah kebaikan. Sekarang bukan masa untuk berkata tentang retorik atau dendam dari sudut balaghah. Manusia pelbagai ragam dan berbagai-bagai rasa hati. Apabila yang jahat bertindak sesuatu yang buruk terhadap orang lain, dan rancangannya berjaya, pihak yang terkena berasa sangat marah lalu berkeinginan lalu merancang sesuatu untuk membalasnya. Ada dendam di situ dan mengharap dendamnya terealisasi.

Murnikan fikiran bahawa setiap kejahatan orang lain terhadap diri kita adalah atas kejahilan dia dalam mengawal dirinya. Boleh jadi ia adalah tindakan luar kawalan. Murnikan juga fikiran bahawa itu adalah kesalahan diri kita yang tidak dapat diterima oleh orang lain; rendah diri.

Apabila kita dianiaya atau dikenakan perbuatan jahat, sudah pasti ada 1001 persoalan dan kata-kata untuk diberikan kepada manusia tersebut. Benar, niat untuk menginsafkan mereka. Namun, dalam tidak sedar, nada kita yan…

Reformasi / Transformasi?

Manusia inginkan perubahan. Menjadi yang lebih baik. Aku tidak mahu mengulas panjang, secara ringkasnya, penulisan dalam blog ini akan bertukar. Bukan reformasi, bukan juga transformasi. Bahkan, evakuasi. Eh, bukan! Memperlebarkan skop penulisan di sini, bukan sahaja menyentuh isu bahasa dan linguistik, namun suatu penulisan baru. Pengalaman seminggu ini memberi aku cabaran baru untuk menulis sesuatu yang baru! Semoga ada baik dan hikmahnya!

"Jadi, kau nak menulis tentang apa?"

Soalan yang baik. Menulis tentang sesuatu yang dapat memotivasikan diri; aku dan pembaca, sesuatu yang dapat mendidik diri untuk menjadi tunjuk ajar aku dan yang lain.

Untuk menjadi lain-lain dari yang lain, tidak perlu membuat satu kelainan yang terlampau pelik. Cukup sekadar kelainan tersebut membahagiakan diri kita sendiri dan orang lain mendapat manfaatnya. Kita mahu menjadi seperti orang lain yang telah terkenal, tidak perlu juga menjadi seperti mereka bulat-bulat. Hanya mengambil pengajaran daripad…