Cerita Terkumpul 1


Cerita agak lapuk. Minggu lepas punya cerita, minggu ni diceritakan. Suasana Sahara Tent Alamanda memang cantik. Teringat berada di Morocco dahulu. Mungkin kami pergi malam, makanan banyak dah habis. Terutama makanan yang aku minta. Haha. Tapi, alhamdulillah makanan lain memang cukup untuk mengubati rindu pada Morocco. Terima kasih kakak. Hehe. Nanti kita pergi restoran Arab yang lain pula ye!

Subjek semester 1 akan datang dapat tasjil sudah. Alhamdulillah. Ada 1 subjek elektif yang tak dapat ditambah kerana tidak ditawarkan untuk semester ini. Semoga ada hikmahnya. Penamaan tesis dan penyelia bersama abstrak pun telah selamat dilakukan. Pendek kata, aku telah melepasi tempoh kritikal. Tapi, periksa akhir belum lagi. Periksa akhir tu tempoh kritikal kah? Macam tak je. Haha.

Tahniah untuk adik-adik di Morocco yang telah tamat ijazah dan baru menghadapi majlis konvokesyen 2 minggu lepas. (ke minggu lepas?). Selamat memilih jalan hidup yang baru. Semoga menjadi seseorang yang bermanfaat untuk orang lain dan selainnya. Saya menghargai apabila junior, kawan-kawan, dan senior saya yang mencari sy untuk meminta pendapat dan bertanyakan sesuatu. Sungguh-sungguh menghargainya! Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian!

Comments

Popular posts from this blog

Nikmat Sihat dan Masa Lapang

Turun dan Naik

Kenangan di Telaga Biru