Posts

Showing posts from March, 2011

Terima Kasih!

Aku tengok blog ni, kesian kurang isu nak ditulis. Kali terakhir masukkan entri baru, pengunjungnya 1309. Sekarang ni, 1347. Sedangkan tak ada sesuatu yang berpengajaran untuk dibaca. Pasti ramai hati-hati yang kecewa bila buka blog ni tak ada entri baru kan? (Perasan sendiri mereka kecewa!) Sesungguhnya, terima kasih 3 blog yang selalu lawat blog aku ini. (Stats yg bagitahu!). TERIMA KASIH! Janji, lepas habis periksa, aku kemas kini blog ini lagi. Empat kertas setiap satu pada 28/03, 29/03, 11/04 dan 14/04, doakan semoga aku diberi idea yang bernas dan kefahaman untuk setiap soalan dan subjek!

Sahabat

Apabila bersahabat dengannya, nasihat tak pernah lekang dari mulutnya. Satu-persatu, dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Perkenalan 1 minggu mampu memudahkan sebuah senyuman diberi setiap kali bertemu. Dia mengajar untuk sentiasa bersangka baik kepada orang lain dan tidak bersangka buruk. Dia kerap meminta pendapat dan memuji setiap pendapatku. Membantah pendapatku juga pernah, tapi ada cadangan disusulkan. Terasa, setiap kata-kata itu dihargai.

Yang penting, dia mengajak aku berfikir menjadi seorang yang dewasa; kerana dia sememangnya seorang yang matang seiring dengan kedewasaannya. Dia bukan seorang yang terlalu serius, tapi ada ketawa dan tegas dalam dirinya. Dia selalu memujiku bagus, sedangkan dalam dirinya penuh dengan hemah dan hikmah. Dia sentiasa mengajak aku kepada kebaikan, ajakan yang tidak pernah jemu. Amat menghargainya. Perkenalan pertama dengan Kak Samirah untuk semester ini moga-moga mendorong kita untuk bersahabat untuk selama-lamanya.

Motifnya Sama!

Image
Lasykar Pelangi, aku tonton perjalanan ceritanya ketika di Morocco lagi selepas Rima sarankan. Sangat-sangat menyentuh hati. Hati-hati orang yang berada dalam kesusahan dan mahukan pendidikan. Kesusahan itu adalah kemiskinan. Masa depan anak-anak itu cerah, tapi ketiadaan wang menyebabkan pendidikan formal mereka di sekolah adalah terbatas. Sekolah Muhammadiyah ini membuka peluang untuk mereka. Pengajaran mereka tidak melengkapi sistem pembelajaran orang lain. Tetapi, mereka membuktikan kejayaan mereka kini. Aku juga terkesan dengan guru-guru yang mahukan pendidikan terbaik untuk anak-anak didiknya. Gaji bukan tujuan utama. Yang terutama, pendidikan untuk mereka! Pulang ke Malaysia, aku mendapatkan novel ini. Ya, lebih menyeluruh. Lebih membuatkan diri ini menjiwai setiap jiwa yang diceritakan. Sangat-sangat bermakna.


Aku bukan seorang penghadap televisyen. Aku mengikuti drama Gemilang ini bukan kerana ada Kamal Adli. Motifnya, persis Lasykar Pelangi; pendidikan, perguruan. Kata ibuku,…

Cerita Terkumpul 1

Image
Cerita agak lapuk. Minggu lepas punya cerita, minggu ni diceritakan. Suasana Sahara Tent Alamanda memang cantik. Teringat berada di Morocco dahulu. Mungkin kami pergi malam, makanan banyak dah habis. Terutama makanan yang aku minta. Haha. Tapi, alhamdulillah makanan lain memang cukup untuk mengubati rindu pada Morocco. Terima kasih kakak. Hehe. Nanti kita pergi restoran Arab yang lain pula ye!

Subjek semester 1 akan datang dapat tasjil sudah. Alhamdulillah. Ada 1 subjek elektif yang tak dapat ditambah kerana tidak ditawarkan untuk semester ini. Semoga ada hikmahnya. Penamaan tesis dan penyelia bersama abstrak pun telah selamat dilakukan. Pendek kata, aku telah melepasi tempoh kritikal. Tapi, periksa akhir belum lagi. Periksa akhir tu tempoh kritikal kah? Macam tak je. Haha.

Tahniah untuk adik-adik di Morocco yang telah tamat ijazah dan baru menghadapi majlis konvokesyen 2 minggu lepas. (ke minggu lepas?). Selamat memilih jalan hidup yang baru. Semoga menjadi seseorang yang bermanfaat un…