Posts

Showing posts from February, 2011

Semantik Kata Pinjaman

Anda
Bahasa Arab: أنتَ، أنتِ، أنتم، أنتن، أنتما yang membawa maksud kata ganti diri (L/P/ tunggal/ jamak)
Bahasa Melayu: anda (umum)
Catatan: Bunyi 'ta' ditukar kepada 'dal' dalam bahasa Melayu kerana masyarakat Aceh membunyikan 'ta' dengan tebal, maka dengan itulah bunyinya seakan 'dal'.

Jerih
Bahasa Arab: جريح yang membawa maksud sakit badan/ cedera
Bahasa Melayu: Penat, letih, payah
Catatan: Makna perkataan dalam BM dan BA tidak jauh bezanya. Baris bawah pada huruf 'ra' dilewehkan dan huruf mad selepas huruf 'ra' dibuangkan.

Arsenal
Bahasa Arab: دار الصناعة yang membawa maksud bengkel atau kilang
Bahasa Inggeris: Nama tempat (nama penuhnya Royal Arsenal) / gudang senjata
Catatan: Merupakan perkataan yang banyak digunakan dalam bahasa Eropah termasuk bahasa Rom (taracena). BI meminjamnya dari bahasa Itali yang telah ditukar Arsenal daripada (arsenale / arzenale). Hanya bahasa Sepanyol yang mengekalkan maknal asalnya (dalam BA).

Coffee
Bahasa Ara…

Bahasa Malas

Kalau Anwar Hadi ada sebut orang memanggilnya sebagai bahasa rempit dan dia menyebut sebagai bahasa eww, aku menggelarkannya bahasa malas! Ya, bahasa malas. Bahasa malas lebih banyak digunakan dalam penulisan berbanding tutur kata. Terus terang, aku rasa cukup menyampah dengan bahasa malas ini. Isu bahasa malas terlalu banyak diperkatakan, bukan sahaja golongan bahasa dan para linguistik. Mereka yang mencintai bahasa mereka turut sama bersetuju untuk menyambah dengan penggunaan bahasa malas. Aku pernah ada 2 blog peribadi sebelum ini, dan setiap padanya akan aku bangkitkan isu bahasa malas ini.

Tak ada rugi menggunakan kependekan yang telah disarankan. Memendekkan boleh, tetapi jangan sampai memusnahkan. Isu loghat lain, jangan campur adukkan. Ini isu bahasa yang dijadikan sebagai bahasa malas. Buat sekali boleh, tapi adakah dapat dijamin buat sekali itu akan mendorong kita untuk tidak membuatnya pada kali kedua atau ketiga?

Bahasa Malaysia, bahasa Melayu tidak ada sesiapa lagi yang aka…

Mengurus Kewangan

Aku bukanlah seorang Irfan Khairi yang dapat mendedahkan rahsia untuk menjadi jutawan, apatah lagi seorang Menteri Kewangan untuk menulis tentang pengurusan kewangan yang berkesan.

Aku kini seorang pelajar, pernah mendapat biasiswa, pernah bekerja untuk beberapa tempoh dan pelajar yang mesti membayar yuran pengajiannya sekarang.

Pernah ada yang mempertikaikan, mengapa pusat zakat kebanyakannya hanya memperuntukkan biasiswa zakat untuk pengajian agama dan seangkatan dengannya sahaja? Tapi, adakah pertikaian ini tidak perlu dipertikaikan? Kerana, kementerian, yayasan pelajaran sesebuah negeri dan syarikat swasta yang sedia ada hanya menaja pelajar bidang kejuruteraan, ekonomi, teknologi dan sebagainya, pendek kata, bidang pengajian yang boleh menyumbang kepada kemajuan negara sahaja ditaja. Adil bukan? Atau tidak? Persoalan ini tiada penghujung untuk diketengahkan buat masa ini.

Pengajian di Maghribi memang percuma, tetapi sekerap manakah dalam satu semester pelajar tempatan membuat mogok …

Happy Birthday, Mak Long!

Image
Happy Birthday, Mak Long!


Kek sangat cantik. Iya, cantik! Mesti Ayishah pilih, Amin pilih ayat nak tulis kan? He. Seronok Mak Long dapat sambut birthday di Pagoh dengan orang Mesir kan? Hehe. Tapi, apa dah Ayishah dan Amin buat sampai Mak Long boleh menangis? Dan, ibu abah kalian sekali menangis? Ini kena kongsi cerita dengan Kak Ija ni!

Usaha

1 buku mentega, 1 3/4 gula, 5 biji telur, esen vanila, serbuk penaik, 1 cawan koko dan 2 cawan tepung gandum dapat menghasilkan sebiji kek coklat. Ingin untuk makan kek coklat, lalu dibuat dan hasilnya tersedia untuk dimakan.

Usaha tidak datang bergolek. Inikan pula dengan kejayaan, masakan dapat terus muncul di hadapan kita. Ada usaha ada hasil. Rezeki kita, alhamdulillah. Ada usaha tiada hasil. Rezeki kita bukan sekarang, pasti pada masa akan datang.

Pelajar perlu berusaha untuk lulus. Pekerja berusaha untuk melangsaikan pekerjaannya. Bayi meniarap juga berusaha untuk merangkak. Ya, semua berusaha untuk menampakkan hasilnya. Sudah semestinya, hasil yang ingin dilihat itu adalah sesuatu yang positif dari segala sudut.

Namun, ada keadaan, kita telah berusaha sehabis mungkin tapi usaha itu tiada hasil. Usaha yang sudah pasti dituluskan niat dan dijaga rapi setiap satunya. Benar, hasilnya tidak mungkin terjadi selaras dengan usaha kita untuknya. Tetapi, hasil yang lain pula akan terzahir. …

Idola

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (al-Rahman), berkali-kali ayat ini diulang. Sepatutnya kita bersyukur. Syukur dengan segala nikmat.

Siapa idola anda? Sebut seorang sudah cukup. Seorang bagi satu perkara. Perkara yang lain, boleh letakkan idola yang lain pula. Apa tugas idola? Sebelum buat sesuatu, kita rujuk; adakah kita akan buat sama seperti yang idola kita buat? Idola itu bukan semestinya manusia, boleh jadi sebuah objek! Ya, objek! Seperti seorang guru dan lilin; menerangkan dan membakar diri sendiri.

Saya mahu menjadi seperti al-Khalil Ahmad al-Farahidi! Penguasaan ilmunya mencakupi pelbagai bidang! Saya mahu menjadi seperti seekor ibu burung, sanggup meninggalkan anak burung semata-mata untuk memberi seekor cacing untuk anaknya! Saya mahu mengidolakan....

Pandang kiri, kanan juga. Depan, dan pastinya belakang. Sekeliling itu ada petunjuknya. Jangan bataskan fikiran, malah luaskan. Di situ, kita akan melihat sebuah keindahan kehidu…

Khas Untuk Dila

Image
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في الخير

Tahniah untuk kesayangan akak, Dila. Sangat-sangat gembira. Tidak terkata. Selesai akad nikah, akak tengok jam. 11.02 pagi. Alhamdulillah, akad sekali lafaz untuk sahkah Dila kini isteri Saifuddin. Walaupun demam, tapi Dila tetap gembira dan ceria! Semoga pernikahan ini mendapat keredaan Allah dan membawa Dila dan suami mengecapi kebahagiaan dan kegembiraan. Semoga juga, Dila tak lupakan akak, masih teringin untuk mengkhabarkan setiap berita sama seperti Dila bujang sebelum ini. Satu ayat Dila yang masih akak ingat, "Dila tak pernah ada kakak. Tapi, dengan adanya akak, Dila berasa seperti mempunyai kakak!" Sebab itu, hari bahagia Dila; tunang (29.05.10) dan nikah (05.02.11), membawa akak untuk bersama-sama dengan Dila walaupun jauh!

*A very thankful to my little brother, Imran and his friend; Khairi on their driving to Kuantan-Kuala Lumpur. Also, my little sister, Fatimah accompanied me to Dila's wedding!

Rindukan Morocco

Kalaulah الاقتراض اللغوي tidak terjadi, bahasa itu tidak mungkin dapat dikaitkan dengan masyarakat ataupun metode sosial dalam pengkajian sesuatu bahasa itu pasti tidak akan timbul. Setuju? Masyarakat Malaysia tidak dapat mengertikan khurafat itu dalam bahasa Malaysia melainkan hanya dapat mentafsirkan perkataan Arab ini. Begitu juga masyarakat Inggeris tidak dapat menafikan; walaupun setelah ditukarbalikkan perkataannya, admiral itu adalah Amir al-Bahr! Sama halnya, bahasa Arab perlu menggunakan buah durian sebagaimana durian tanpa perlu menukarkannya kepada Abu Shaukah!

28 September 2005 Maghribi menerima aku, 26 Julai 2009 Maghribi memberi lambaian terakhir kepada aku. Sungguh, aku terlalu rindukan Maghribi!