Pilihan

Pakaian:
Pilihan A
Pilihan B

Makanan:
Pilihan A
Pilihan B

atau

Pakaian:
Pilihan A

atau

Makanan:
Pilihan A

atau

Makanan / Pakaian

Kesimpulannya, andai dalam hidup kita ada pilihan, pertimbangkan dan buatlah keputusan. Andai tiada pilihan, perkara itu memang terpaksa. Namun, kita mesti juga memilih, andai ada dua perkara, setiap perkara itu tiada pilihan. Perlu memilih antara dua perkara. Analoginya senang sahaja, ada wang untuk dibelanjakan, tetapi wang itu terhad. Kedua-dua adalah keperluan hidup. Misalnya, pakaian dan makanan. Untuk memilih pakaian, ada dua pilihan A dan pilihan B. Untuk memilih makanan, ada dua juga pilihan A dan pilihan B. Itu perkara senang bukan? Namun, jika dalam dua perkara utama; pakaian dan makanan itu tiada pilihan, itu yang paling mudah. Iya, tiada pilihan! Lebih merumitkan, sama ada untuk memilih dua perkara utama; makanan atau pakaian!

Hidup bukan satu pilihan kita. Tetapi, dalam hidup, pilihan kita banyak, teruskan memilih. Orang memilih untuk belajar atau kerja, pasti ada alasan tersendiri. Pastikan matlamat kita, jangan pesongkan matlamat. Apa yang terjadi, perlu ditempuhi. Andai matlamat awal kita tersasar, cipta matlamat baru! Jika aku, matlamat baru aku itu tidak akan aku biarkan ia berjauhan dari matlamat sebelumnya.

*Sifat keakuan dalam penulisan aku amat tinggi. Namun, keakuan itu tidak 100% menggambarkan diri aku. Lebih senang memisalkan aku sendiri untuk setiap perkara.

Comments

Popular posts from this blog

Nikmat Sihat dan Masa Lapang

Kenangan di Telaga Biru

Turun dan Naik