Ajaibnya!


"Ya Allah, Kau pilihkan untukku."

Ia memang ajaib! Maha Besar akan kekuasaan Allah itu. Antara perkongsian pendek untuk buku berharga ini, istikharah itu bukan mempunyai waktu tertentu untuk dikerjakan sebagaimana fahaman yang biasa kita dengar; sebelum tidur. Benar, kadang-kadang petunjuk itu adalah dari gerak hati kita. Apabila kita meminta Allah memilihkan sesuatu untuk kita, andai pilihan kita ada dua, buanglah kecenderungan kita kepada salah satu perkara tersebut. Teruskan memohon kepada Allah. Memohon dan terus meminta. Sedikit demi sedikit, kecenderungan kita itu akan hilang, lalu kita mula mempertimbangkan tentang baik/buruk kedua-dua perkara. Semoga ada keputusannya. Ajaib! Terima kasih Allah.

* Buku ini saya beli di Pesta Buku Antarabangsa 2010 di PWTC Mac tahun lalu.

Comments

eeziaf11 said…
salam..wah..dah lama xmerayau2 kat sini..
kak, belanja buku 2, kat ukm xjmper la buku 2..hehe
Khadijah20Mei said…
W'salam. Tulah, cuti pun masih duduk lagi di library. Mmg bagus pljr2 UKM ni.

Buku tu kat lebri sini pun tak ada. Tu hak milik kekal akak. He. Try cari kat syabab di Kompleks PKNS. Nipis je buku ni. Tp, isi mmg bermakna!
alhanin said…
assalamualaikum.. thanks atas perkongsian, ringkas tapi amat bermakna. ada sesuatu yang perlu untu dibicarakan bersama DIA.. mudah-mudahan moga ini jalannya. barakallah hu fiki
Khadijah20Mei said…
Waalaikumsalam. Sama-sama. Penulisan Ahiasah pun sangat-sangat mendidik diri ini. Jalannya ada, kita yg perlu mencarinya.
eeziaf11 said…
haha..bagus la sangat kan..
saya perg uia tadi..pening jugak nak cari journal kat situ erk..

ooh, ada er, kak kat situ..nnt bler2 saya perg jenguk2 kat situ...
Khadijah20Mei said…
Wah, ke Lebri UIA ke tadi? Journal, tingkat 4. Pening ke? Huhu. Kalau Pengajian Islam pny, biasanya, dr pintu masuk tu rak bhgn kita. Kalau Lughoh, Adab, rak bhgn kanan. Tak semua rak lah. Kena kenal pasti serial no. nya. Cari kat OPAC je. Kdg2 dr OPAC Lebri UIA, boleh tgk journal online pelbagai negara dan bahasa.
eeziaf11 said…
aah,,saya perg teman dr die ada urusan kat sana..alang2 perg library sana..
saya ke sana cari journal..pastu tnyer kaunter die suh saya bukak laman web tgk kat situ.nak cepat..
sy bukak xjmper apa..hhuhu

oo..ting 4 er..lain kali plak la perg ...
Khadijah20Mei said…
Awak dan kwn2 lain kalau nak minta tolong apa2 untuk jurnal, buku dan bahan2 lain kat sini nanti bgtahulah.
eeziaf11 said…
wah..okeh..boleh buli akak nnt..:D
Thanks

Popular posts from this blog

Kenangan di Telaga Biru

Turun dan Naik

Nikmat Sihat dan Masa Lapang