Posts

Showing posts from January, 2011

Ajaibnya!

Image
"Ya Allah, Kau pilihkan untukku."

Ia memang ajaib! Maha Besar akan kekuasaan Allah itu. Antara perkongsian pendek untuk buku berharga ini, istikharah itu bukan mempunyai waktu tertentu untuk dikerjakan sebagaimana fahaman yang biasa kita dengar; sebelum tidur. Benar, kadang-kadang petunjuk itu adalah dari gerak hati kita. Apabila kita meminta Allah memilihkan sesuatu untuk kita, andai pilihan kita ada dua, buanglah kecenderungan kita kepada salah satu perkara tersebut. Teruskan memohon kepada Allah. Memohon dan terus meminta. Sedikit demi sedikit, kecenderungan kita itu akan hilang, lalu kita mula mempertimbangkan tentang baik/buruk kedua-dua perkara. Semoga ada keputusannya. Ajaib! Terima kasih Allah.

* Buku ini saya beli di Pesta Buku Antarabangsa 2010 di PWTC Mac tahun lalu.

Pilihan

Pakaian:
Pilihan A
Pilihan B

Makanan:
Pilihan A
Pilihan B

atau

Pakaian:
Pilihan A

atau

Makanan:
Pilihan A

atau

Makanan / Pakaian

Kesimpulannya, andai dalam hidup kita ada pilihan, pertimbangkan dan buatlah keputusan. Andai tiada pilihan, perkara itu memang terpaksa. Namun, kita mesti juga memilih, andai ada dua perkara, setiap perkara itu tiada pilihan. Perlu memilih antara dua perkara. Analoginya senang sahaja, ada wang untuk dibelanjakan, tetapi wang itu terhad. Kedua-dua adalah keperluan hidup. Misalnya, pakaian dan makanan. Untuk memilih pakaian, ada dua pilihan A dan pilihan B. Untuk memilih makanan, ada dua juga pilihan A dan pilihan B. Itu perkara senang bukan? Namun, jika dalam dua perkara utama; pakaian dan makanan itu tiada pilihan, itu yang paling mudah. Iya, tiada pilihan! Lebih merumitkan, sama ada untuk memilih dua perkara utama; makanan atau pakaian!

Hidup bukan satu pilihan kita. Tetapi, dalam hidup, pilihan kita banyak, teruskan memilih. Orang memilih untuk belajar atau kerja, past…

Setem

Image
2009, setem masih lagi 30 sen. 2011, 80 sen?


BANG! PENUTUP NI TAK ADA KE?!
Manusia itu dijadikan lelaki dan perempuan. Lelaki tetap lelaki. Perempuan tetap perempuan. Masing-masing ada ciri-ciri tersendiri. Tidak perlu menjadi yang lain. Bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah S.W.T. Kenal pasti tujuan dan matlamat, lalu teruskanlah.

DARI JAUH DAH NAMPAK WARNA TURQOISE KAU TU!
Pakaian turqoise dari atas sampai bawah. Di celahan kecil pagar besi itu, ada seorang yang melambai-lambai. Yang ditunggu untuk menemuinya. Biarpun kurang 2 jam cuma, tetapi sungguh bermakna. Singkat, tapi padat! Rupa-rupanya pertemuan wajah dan mata itu memang mengasyikkan. Meleraikan bayang-bayang Sarah dari dalam telefon selama ini.

Saifudin & Adillah

Image
5 Februari 2011 di Lot 10165, Jalan Kuantan By Pass, Kg Pandan 2, Kuantan.

Kawan-kawan di Morocco jemput hadir. Eh, silap. Kawan-kawan Morocco yang sudah ada di Malaysia / balik bercuti, dijemput hadir. :D Yang di Morocco, jangan sedih. Doakan untuk mereka amat mencukupi untuk kedua-duanya.

Ada satu perkara pelik. Kenapa tugasan hebahan kenduri kahwin ni mesti aku yang buat? Huhu. Lepas ni nak bersara. Segala hebahan kenduri kahwin rakan-rakan PMMM bukan aku yang akan lakukan.

Sumbangan dan Kerja

Image
Taman Bukit Sentosa, Rawang. Sebuah helikopter rosak atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Pendaratan cemas telah dilakukan di sebuah...! Baca sendiri keratan akhbar di atas. Motif aku letak dua keping gambar ini? Jawapan mudah, ini kakak aku! Ya, kakak, bukan abang!

Tutup topik di atas. Sumbangan dan kerja. Usai pengajian kita, perkara utama yang perlu ada, apakah sumbangan yang boleh kita berikan kepada masyarakat? Masyarakat amat memerlukan apa yang kita belajar. Dan kita pun turut memerlukan, apa yang masyarakat lain belajar. Itu adat manusia; saling memerlukan. Kalau kita memilih untuk menjadi penulis, nasihatkan masyarakat dengan penulisan. Kalau kita memilih untuk menjadi arkitek, kenali kehendak masyarakat kita dalam bidang pembinaan. Kalau kita seorang akauntan atau ekonomis, kaji sistem perbankan yang ada dan dedahkan sesuatu yang tidak akan merugikan masyarakat. Seorang yang mendalami buku agama dan ilmu pengajian Islam, perbaiki dan selamatkan, ibadah dan akidah masyarakat…

Serdang

Ada apa dengan Serdang? Terlalu banyak kenangan. Bermula sejak dilahirkan di No.588, Jalan 18/7, Taman Seri Serdang. Ya, di rumah! Rumah belakang Masjid UPM. Masjid UPM, tempat kami beradik belajar fardhu ain. UPM? Terlalu kenal sangat. Cuti hujung minggu, aku selalu berbasikal ke taman di UPM. Melawat fakulti-fakulti yang ada. Taman pertanian, kandang kuda, dan banyak lagi. Dalam hati, "nanti nak belajar di UPM!"

Selepas itu berpindah di Jalan 18/58, Taman Seri Serdang. Pernah berjiran dgn pakcik Abang Abdullah UPM, pakcik Radin UPM, abang dan kakak yang menjadi pelajar UPM ketika itu. Fakulti Kejuruteraan sebelah petronas itu juga masih belum ada sewaktu aku di situ.

Lee Soon Meng? Pemilik kedai runcit. Cina. Uncle Soon Meng dan aunty masih ingat kami lagi sewaktu kami ke sana semalam. Mana mungkin lupa. Makanan ringan di kedainya, hampir kesemuanya kami pernah rasa!

Sebelah rumah pakcik Ayon, ada orang jahat. Aku dan kakak panggilnya orang jahat. Sebab suka kacau kami masa b…

Hanya Jauhari Mengenal Manikam

"Jadi pelajar, buatlah cara sebagai seorang pelajar!"
*tiada kena-mengena dengan isi di bawah. hanya peringat untuk yang bergelar pelajar!*
Usia itu mematangkan manusia. Tetapi, adakah manusia berusaha untuk seiringan matang dengan usianya? Jawapan, ada pada diri sendiri. Bukan tidak gemar untuk meletakkan jawapan pada kebanyakan persoalan yang saya timbulkan dalam entri-entri blog ini. Cuma, jawapan itu adalah subjektif. Tiada pilihan. Jawapannya, ada pada diri setiap yang berusaha untuk menyelesaikan pertanyaan itu. Juga, jawapan ini tidak terikat pada mana-mana fakta untuk kita desak pada diri kita untuk mengingat kembali.

Dengan usia juga mungkin dapat mengubah perangai seseorang. Tetapi, keperibadian yang ada padanya sukar untuk diubah. "Kau dah banyak berubah sejak lama kita tak jumpa ni." Benar, perubahan fizikal itu paling ketara. Perubahan corak pemikiran dan tidak terkecuali. Namun demikian, keperibadian atau kata yang lebih mudah difahami; gaya pada diri …

Bahasa Baku

اللهم اغفرلنا وارحمنا وعافنا واعفوا عنا

Biadap?Bukan untuk mengutuk orang, mahupun mengeji orang lain. Bukankah mengutuk dan mengeji orang lain itu adalah perkara yang buruk? Sekadar mengingatkan, jangan berlaku biadap di hadapan orang atau di belakang mereka. Tidak elok.

Isu yang timbul (tiada kena mengena dengan para di atas) berputar pada bahasa anak-anak kini. Ke mana hilangnya bahasa baku anak-anak. Guru mengatakan, di sekolah, anak-anak diajar bahasa baku. Mungkin, masalah ini timbul apabila di rumah, anak-anak terdedah dengan bahasa pasar dan loghat masing-masing.

Adakah bahasa baku itu hanya sekadar urusan rasmi? Atau bahasa baku bagi bahasa Arab itu hanya apabila bacaan ayat-ayat suci al-Qur'an itu diperdengarkan? Sama-sama kita fikirkan kerana, masa kini, mana mungkin ayat, "Ibu, saya lapar. Adakah kita boleh makan sekarang?" atau, "Ibu, saya lapar. Bolehkan kita sekeluarga menjamu hidangan tengahari?". Atau, ianya adalah perkara yang…

Gagau

Gagau: bergagauan berteriak-teriak dgn tidak menentu;segagau serupa gagaunya, sama-sama tidak menentu. (Kamus Dewan Edisi ke-4)

Akal dan fikiran. Itu yang membezakan manusia dan haiwan. Kita dapat berfikir, haiwan tidak. Kita mempunyai kewarasan akal yang baik, tapi tidak pula haiwan. Kita boleh membuat pilihan dengan berfikir, tetapi haiwan tidak begitu. Sungguh istimewa.

Jangan cepat melatah untuk perkara yang diluar sangkaan kita. Duduk. Tenang dan berfikir. Apa dan mengapa. Untuk apa dan bagaimana untuk menyelesaikannya. Setiap kekusutan ada penyelesaiannya. Jangan menggagau!

Perempuan mungkin lebih cepat bertindak dari segi perasaannya apabila kejutan berlaku. Kenapa? Tiada jawapan. Namun, lelaki lebih cepat bertindak dari tingkah laku. Dan sudah pasti, tiada jawapan untuk kenapa yang kedua. Lebih pasti, perasaan dan tingkah laku itu diciptakan berpasangan agar dapat seiring!

CV Cantik

Apa itu CV? Curriculum Vitae, atau dipanggil resume.

Bagaimana untuk mencantikkan CV?
Banyakkan penulisan. Penulisan yang diterbitkan seperti jurnal, majalah, buku dan dalam akhbar. Penulisan tidak semestinya artikel, boleh jadi puisi atau cerpen.Banyakkan menghadiri seminar ilmiah. Paling terbaik, menjadi pembentang.Perbanyakkan sijil-sijil kelayakan atau kemahiran.Entri pendek, tapi semoga dapat memberi impak buat sesiapa yang ingin mencantikkan CV mereka, khususnya dalam bidang akademik!

*Hari ini dapat berjumpa dengan 4 orang adik-adik kelas aku semester lepas! Seronok! Khairah, Baizura, Wahida & Shifa! =)

Tambah dan Berubah!

1431-1432 & 2010-2011

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Jangan kurangkan kebaikan yang lebih. Lebihkan usaha untuk kebaikan. Kurangkan kekurangan yang sebelumnya. Dalam diri, perlu ada penambahbaikan agar sesuatu itu menjadi lebih bermakna. Jangan usahakan yang diluar kemampuan, cukup sekadar kebolehan diri yang termampu. Moga-moga ada hasil untuk diri sendiri seterusnya untuk yang lain!

Azam baru, diari baru. Sejauh mana pun perumpamaan seseorang terhadap tahun baru, perbaharui diri sendiri itu yang utama. Baharukan dengan sesuatu yang segar dan jauhkan yang buruk dengan sebuah tekad jitu.

Tambahkan ilmu kami ya Allah untuk kami lebih mendekati keagunganMu. Jadikan ilmu kami itu ilmu yang bermanfaat agar bertambah kefahaman kami.

1 Januari

Benda yang buat kita marah, jangan marah. Perkara yang akan membawa kemarahan kita, jangan marah. Jangan pula untuk mencari marah sendiri atau marah orang lain. Marah.

Marah itu tiada guna. Mungkin sebenarnya didorong oleh nafsu. Nafsu itu daripada diri kita. Setiap perkara itu ada jalan penyelesaiannya. Penyelesaian paling baik, duduk dan bertenang dan lupakan perkara yang kita marahkan.

Marah dengan menegur. Marah sekalimanapun, jangan zahirkan. Ekspresikan apa yang kita geram, dan bukan apa yang kita marah. Lahirkan dengan nasihat, zahirkan dengan kasih-sayang. Semoga motifnya sampai.

Manusia itu halus perasaannya, Sentiasa terdorong kepada kehalusan. Jangan berkasar, terus berlembut. Seharusnya, seorang manusia mengetahui apa yang manusia lain inginkan; sama sepertinya sendiri.