Posts

Showing posts from 2011

Mencari Kehidupan

Kehidupan bukan sekadar apa yang kita lalui seharian sama ada pada masa lalu, masa kini dan pada masa akan datang.

kehidupan adalah sesuatu yang sangat subjektif. Benar, ia dapat dirasai melalui laluan yang kita tempuh selama bergelar manusia atas penghidupan ini. Subjektif bermakna ia mempunyai makna dan huraian yang terlalu luas.

Sesungguhnya, kehidupan yang hanya sekadar memikirkan diri sendiri tidak mencapai lagi makna kehidupan itu sendiri. Kehidupan yang amat bermakna apabila berhubungan dengan apa yang ada di sekeliling kita, sama ada manusia, haiwan, tumbuhan dan objek yang tidak bergerak.

Kehidupan bersama-sama manusia bukanlah dapat dicapai oleh setiap orang. Ada orang yang tidak mempercayai nilai sebuah kehidupan bersama-sama manusia lain rentetan pernah ditikam dari belakang, namun masih ramai yang membina kehidupan dalam dirinya berkat dorongan dan sokongan manusia lain. Alangkah beruntungnya.

Kehidupan sesama makhluk lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan menjadikan kehidu…

Mempunyai Sahabat Baik

Mempunyai seorang sahabat yang baik bukan semudah yang disangka. Boleh jadi dia adalah seseorang yang dianggap biasa sewaktu mula-mula kita mengenalinya. Rentetan pertemuan dan berkawan setiap hari membuatkan kita mengenali siapa dirinya yang sebenar. Menjadi satu perkara yang luar biasa apabila pertama kali kita berkenalan dengan seseorang untuk kita jadikan sebagai seorang sahabat karib kita.
Sering kali kita mendengar; untuk mengetahui tentang sikap dan perangai seseorang, cukuplah dengan bermusafir bersama-samanya selama satu hari. Ya, perkara itu disetujui. Mengambil seseorang untuk duduk bersama-sama kita selama satu hari dapat membuatkan kita mengenali tentang bagaimana cara dia berfikir, apa makanan kesukaannya, nilai hati nya dan beberapa perkara lagi. Dan satu perkara yang benar juga, satu hari satu malam itu tidak mampu untuk kita membuat penilaian menyeluruh, tetapi tempoh itu cukup untuk kita mengenalinya dengan lebih dekat.
Sahabat yang baik ada ketika senang dan susah. Ad…

Doakan Untuk Saya

Alhamdulillah, majlis kenduri pernikahan dan perkahwinan Abg Azlee dan Hannah berjalan dengan lancar. Tahniah diucapkan buat pasangan pengantin baru. :)
Saya tahu masa semakin suntuk. Semester ini akan berakhir kurang dari tiga bulan. Bermakna, peperiksaan akan saya tempuh tidak lama lagi. Seperti biasa, kami dibekalkan dengan tugasan dan sesi pembentangan. Tugasan demi tugasan menunggu untuk disiapkan dan dihantar. Alhamdulillah, setakat ini sesi pembentangan yang ditugaskan kepada saya telah dapat disempurnakan. Cuma, deretan tugasan kertas kerja yang masih berbaki. Mohon doakan agar saya mempunyai kesempatan masa untuk menyiapkannya dengan baik.
Setelah beberapa hari tidak berada di hadapan laptop, ada berita baru untuk saya. Ya, tarikh peperiksaan telah diiklankan oleh pihak universiti. Mengambil empat subjek bukan suatu perkara yang mudah saya rasakan. Lebih-lebih lagi pada semester ini saya mengambil keputusan untuk berkerja sambilan. Dan, saya berhasrat untuk menghantar research …

Memanfaatkan Keadaan

Image
Dapatkan Solusi isu 38 di pasaran! :)
Melihat kepada aktifnya universiti di Malaysia menganjurkan pelbagai aktiviti, ada suatu yang mengesankan dalam diri saya. Saya mengaku, sepanjang keberadaan saya di universiti di Malaysia, saya jarang mengambil peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti. Baik dari segi program santai atau aktiviti yang agak berat, juga aktiviti dalam atau luar kampus. Dahulu, saya pernah menganjurkan dan menjadi peserta bagi aktiviti yang dijalankan. Sesungguhnya, pengalaman yang didapati melalui program yang dijalankan dan disertai itu menjadikan siapa diri saya sekarang. saya pasti, bukan saya sahaja, malah ribuan manusia yang pernah bergelar pelajar khususnya penuntut universiti.
Menjadi seorang pelajar, perkara yang sangat selesa dapat dilakukan adalah memberi yang terbaik. Terbaik yang dimaksudkan adalah melakukan apa jua perbuatan yang dapat memudahkan orang lain. Memudahkan tidak bermakna memuaskan hati mereka, tetapi ada pengajaran yang ingin kita selitkan d…

Semoga Saya Terus Menulis

Saya pernah diperkenalkan kepada seseorang oleh seorang rakan pada tahun 2006. Dia membangkitkan saya untuk mengenali lebih dekat dengan dunia penulisan khususnya dalam bidang sastera. Didorong dengan "tag nama" pelajar bahasa dan sastera Arab, saya mencuba. Saya diajar tentang selok-belok penulisan khususnya penulisan puisi. Ada mesej, ada matlamat yang perlu saya ketengahkan dalam bidang ini. Yang pasti, saya berpuas hati dengan permulaan ini.
Pada tahun 2007, saya berpeluang mengenali beberapa penulis tanah air yang sudah sedia terkenal. Biarpun saya bukannya peminat setia dengan membeli semua karya mereka, saya inginkan semangat menulis mereka. Saya tahu bahawa saya belum mampu untuk menjadi seperti mereka, tetapi saya bersyukur atas ilmu penulisan yang mereka kongsi bersama. Berkenalan dalam sebuah bengkel yang beberapa hari cuma, saya turut berkenalan dengan beberapa rakan lain yang sama-sama ingin menadah ilmu daripada mereka yang berpengalaman. Kesempatan ini, bidang …

Jawapan Persoalan?

Pasti terdapat banyak persoalan dalam diri anda apabila berlaku suatu peristiwa. Apabila sesuatu perkara itu terjadi, kenapa dan mengapa sering kali diulang dalam fikiran. Kalau boleh, ingin mencari punca mengapa ia terjadi dan kenapa seharusnya begitu?

Allah s.w.t. telah menetapkan segala yang berlaku dan akan berlaku. Tetapi, jiwa manusia sentiasa mencari-cari tentang punca tersebut. Fikiran berjalan ke sana-sini, menerawang ke hulu dan ke hilir dan seterusnya terus terbang berpusing-pusing di benak fikiran. Tetapi, kenapa perlu berlaku semua ini?

Mulut dan tangan mengiyakan, namun hati dan fikiran masih menemui jawapannya. Adilkah jika kata putus itu hanya pada percakapan dan penulisan? Bahasa hati siapa yang mahu memahami? Bolehkah ia ditafsir sendiri oleh mereka yang sebenarnya buta pada perasaan hati? Sudahnya, hati dan fikiran ditinggalkan di belakang lalu berjalan pergi mengikut “kehendak” anggota lain.

Lalu, satu perkara yang perlu ditetapkan. Apapun yang berlaku, belajar mengho…

Berhati-hati Menjaga Hati

Kata-kata itu dikeluarkan oleh mulut, perkataan dinukil dalam penulisan. Sesungguhnya, bahasa dan manusia itu tidak dapat dipisahkan. Menjadi manusia sebenarnya menjadikan bahasa yang ada pada manusia itu kelihatan indah dan teratur.
Hati saya sedikit kecewa apabila membaca penulisan sebahagian manusia. Bukan penulisan artikel, buku mahupun apa-apa makalah. Penulisan yang saya maksudkan adalah perkongsian yang dikongsikan oleh rakan-rakan dalam laman sosial Facebook.
Saya kecewa kerana kegembiraan yang seseorang peroleh terlampau dizahirkan dengan tujuan untuk pembacaan rakan-rakan dan orang ramai. Kegembiraan itu, ada yang perlu dizahirkan dan ada yang perlu jadikan sebagai rahsia umum.
Seharusnya, sebelum melahirkan rasa perasaan, kita perlu memikirkannya terlebih dahulu. Andai kegembiraan tersebut dibaca oleh mereka yang telah lama menanti untuk mendapatkannya, bukankah mereka akan bersedih?
Habis, kena menulis sesuatu yang sedih? Tidak, saya tidak menafikan agar tidak berkongsi kege…

Ia Pahit

"Biarpun ia pahit, katakannya."
Sudah pasti kata-kata itu selalu kita peroleh dan dengar. Selalunya, yang biasa itu yang tidak dpaat dilakukan oleh diri kita sendiri. Ia dapat dibuktikan apabila kita melihat suasana bising dalam perpustakaan biarpun telah diketahui bahawa "tolong senyap" itu yang perlu dipatuhi. Namun, kita hanya mampu mengomel sendirian dengan harapan mereka akan merendahkan suara mereka. Sungguh, ia pahit untuk diucapkan.
Apabila melihat kemungkaran di depan mata, hanya sedikit yang mampu menegur secara terus terang. Dengan kekuatan yang ada, kata hati itu disuarakan. Ajakan untuk melakukan kebaikan akhirnya dibalas dengan kata-kata yang menyakitkan hati. Maka, hilang rasa hormat dan boleh jadi orang yang ditegur itu akan merendah-rendahkan suruhan Allah sendiri.
Bukankah Rasulullah s.a.w. dan para nabi dan rasul lain telah diuji dengan ujian yang berat dalam mengajak dan berdakwah manusia kepada Islam. Bagaiman tindakan para utusan Allah ini? Merek…

Alhamdulillah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Pujian dan syukur selayaknya bagi Allah yang telah memberikan segala nikmat dan kurniaan, nikmat iman dan Islam yang terbesar. Alhamdulillah.
Manusia perlu berani dan tidak perlu menjadi pengecut dan penakut. Berani yang kena pada tempatnya. Berani menyatakan kebenaran dan perkara hak bukan berani berdiam diri pada suatu yang sahih.
Manusia yang berani mengakui bahawa bumi ini bulat; sfera. Bulat yang membuktikan bahawa ia sentiasa berpusing dan bertukar ganti. Dia tahu bahawa buat pertama kali dia berada di bahagian teratas, ada masa dia akan sedikit demi sedikit bergerak ke bahagian paling terbawah dan kemudian mengetahui bahawa dia akan jatuh pada ketika itu. Namun, biarpun jatuh, jangan terlalu lama dibiarkan. Bangun semula dan kembali mengejar dunia yang kian berpusing. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit, puncak itu semakin dihampirinya.
Terima kasih buat segalanya untuk segala sinar baru dan harapan yang diberikan. Syukur, alhamdulillah. Bera…

Ingat Kawan

Mengingati kawan itu seharusnya setiap masa. Setiap masa bermakna, tidak melupakan kewujudannya. Saya amat tidak suka apabila seorang kawan lama itu dicari apabila hanya kepentingan untuk dirinya sendiri. Baiklah, saya beri satu contoh situasi yang berlaku. Kalau dahulu, kitalah yang dicari, diceritakan itu dan ini. Diminta pandangan itu dan ini. Tidak kira berjauhan. Apabila keadaan berubah (bukan bermaksud hubungan persahabatan berubah), masa itu yang dijadikan punca. Kesibukan juga yang bersalah dalam hal ini. Sedangkan, semua itu dalam pengawasan diri sendiri. Penentuan Allah s.w.t. juga jangan dijadikan alasan kerana usaha itu dalam genggaman setiap diri yang memberikan alasan tersebut.

Ingat kawan, sudah pasti kita mendoakannya. Ya, mendoakan yang baik-baik. Semoga sepanjang waktu yang aku tidak terima khabar daripadanya, sekurang-kurangnya ada sedikit ingatan daripadanya tentang diri kita. Mengingati kawan bukan bermakna setiap hari perlu ditanya khabarnya. Cukuplah sekadar berk…

Out of The Box

Ya, itu yang selalu setiap orang inginkan. Sentiasa ingin menjadi lain daripada yang lain. Tidak semestinya dari segi penampilan atau percakapan, apa yang ada dari dalam diri seseorang itu seboleh mungkin inginkan kelainan.

Apabila menyebut tentang kelainan dalam diri masing-masing, perkara utama yang perlu seseorang gariskan dalam dirinya; apabila inginkan kelainan, jangan ada sikap "meniru bulat-bulat" daripada diri orang lain. Benar, apabila kita melihat seorang yang hebat, contohnya seorang pensyarah yang mengingati semua jenis buku, penulis dan kandungannya, beliau bersuara lantang dan bersemangat ketika menyampaikan syarahannya, dan dia dikenali sebagai seorang pengkaji yang baik dalam bidangnya, maka, tirulah dia. Namun, jangan tiru sepenuhnya. Mencari kelainan dalam diri dengan menjadikan beliau sebagai matlamat untuk kita menjadi seorang pensyarah sepertinya, namun biarlah ada satu nilai tambahan dalam diri kita yang tidak sempat beliau peroleh.

Janganlah apabila kita…

Jemputan

Sebut tentang jemputan, memang banyak jemputan yang aku peroleh. Musim raya itulah musim kahwin. Jemputan rumah terbuka daripada rakan sekolah, universiti, pejabat, saudara-mara semuanya banyak. Maaf, tidak dapat memenuhi undangan kalian. Semoga majlis kalian berjalan dengan lancar. Begitu juga undangan ke rumah untuk beraya, maaf maaf maaf tidak dapat memenuhi jemputan.

Begitu juga dengan jemputan ke kenduri kahwin. Alhamdulillah, banyak kad undangan dan undangan yang aku peroleh. Namun, tidak dapat memenuhi undangan keseluruhannya. Maaf juga. Moga-moga perjalanan majlis kalian Allah permudahkan.

Selamat pengantin baru buat:
Kak Su & Suami
Zahirah & Suami
Diyana & Warouq
Hamizah & Suami
Syafiah & Suami
Sakinah & Syakir

Oh, satu lagi jemputan adalah jemputan untuk menulis. Hoho. Semoga aku bertenaga untuk terus menulis. Semoga memberi manfaat untuk orang lain, insya-Allah.

Semester baru telah bermula. Seperti yang telah dijangka, minggu pertama agak kelam kabut. Bukan pe…

Santai 2

Mari kita bercerita. :)

Salam Aidilfitri buat pembaca blog aku ini. Semoga tarbiah pada Ramadan lalu menjadi semangat untuk diri ini dan kalian untuk menjadi semakin dekat dengan Allah s.w.t.

Alhamdulillah, tradisi balik kampung masih keluarga aku jalankan walapun atok dan nenek kedua-dua belah pihak; ibu dan ayah sudah tiada. Sebenarnya, kampung tanpa orang tua (atok dan nenek) memang lain benar perasaan dan sambutannya. Alhamdulillah, aku pernah merasai nikmat beraya bersama atok dan nenek.

Selamat Pengantin Baru buat Kak Suriati Abdullah dan suami. Juga adik Kak Su; Rosnani Abdullah. Tahniah dan tahniah. Semoga pernikahan kalian diberkati Allah dan semoga juga dengan pernikahan ini dapat memimpin hidup kalian ke jalan yang lebih bermakna. Maaf tidak dapat hadir.

Minggu depan, kelas akan bermula. Semester ini aku ambil 4 subjek. Agak banyak sebenarnya, tapi cuba untuk membuat yang terbaik. Dan minggu depan juga akan bermulalah rutin hidup yang baru. Jika selama 4 bulan lebih aku bekerja…

Memilih Pilihan

Salam Aidilfitri. Semoga fitrah manusia; sentiasa ingin pada perkara kebaikan masih tetap dalam hati kita semua. Alhamdulillah, dapat bercuti seminggu untuk Aidilfitri kali ini dan dapat melalui seperti biasa.

Tahniah buat rakan-rakan di Maghribi yang dapat melanjutkan pengajian di IPTA Malaysia tidak kira di mana-mana universiti sahaja. Tiada istilah, itulah universiti yang baik, itulah universiti yang selalu mendapat kedudukan tertinggi di Malaysia, di dunia dan pelbagai lagi. Pokoknya sama; kesungguhan untuk mendapatkan ilmu, ilmu yang formal untuk memperoleh sijil kelayakan, sijil yang akan dinilai oleh manusia sama ada untuk mendapat pekerjaan yang sesuai serta mendapat "pengiktirafan" daripada manusia sendiri untuk diberi tunjuk ajar dan pandangan. Nilaian Allah s.w.t. itu terletak pada hati kita; sejauh mana sifat ikhlas disematkan dalam hati-hati yang ingin menuntut ilmu-Nya.

Apabila melihat "budaya" sambung belajar dalam kalangan keluaran Maghribi, aku ter…

Takdir

Satu perkataan dan keadaan yang aku pelajari beberapa hari lepas; takdir. Sesungguhnya, takdir itu perkara yang benar dan pasti. Allah mentakdirkan setiap apa yang berlaku sekeliling kita.

Seorang guru yang mempunyai prinsip, apabila beliau mendengar bunyi telefon sama ada panggilan masuk atau mesej masuk, tanpa ada pengaruh dan pujukan daripada pelajar-pelajarnya, beliau akan keluar dari dewan pengajian. Ya, itu prinsip beliau dan boleh jadi ada pelajar yang mengatakan beliau tidak berusaha untuk menasihati kesilapan pelajar tersebut. Takdirnya, kuliah tersebut tidak dapat diteruskan dan dihentikan dengan serta merta.

Takdir juga membuat kita untuk sentiasa mencari jalan keluar andai takdir yang diberi itu bukan apa yang kita pinta. Mempunyai satu tujuan, pelbagai usaha yang dilakukan. Kata orang sekeliling: "Insya-Allah pasti kau berjaya.", namun takdir Allah tidak menetapkan sebegitu lalu menjadikan kita terus ligat berfikir, apakah jalan lain yang ada? Asalkan tidak berp…

Terus Bangkit!

Memenuhi permintaan seorang yang kuat; Zahirah, untuk dimotivasikan. Namun, tidak tahu apa yang perlu dihadiahkan buat Zahirah kerana sememangnya dia seorang yang telah termotivasi sekian lama.

Adik,
Kalau semangatmu kini berada di tahap paling bawah untuk menyiapkan tugasan universiti, engkau perlu bangun dan jangan memandang tingkatan yang lebih bawah. Kembalikan semangat sewaktu mula-mula engkau mendapat tahu bahawa permohonan untuk menyambung pengajian tahun lalu, "Kak, saya dapat master!"; itulah yang SMS yang akak peroleh. Akak juga pernah berasa sangat jatuh dalam tempoh pengajian lanjutan yang hanya berusia setahun dua bulan ini. Namun, apabila mengenang kembali betapa susahnya untuk mendapat tempat menyambung pengajian di sini, akak tidak akan membenarkan perasaan itu datang lagi. Benarlah apa yang selalu orang lain katakan; kita lebih menghargai apabila kita merasakan kesusahan itu dengan sendirinya. Jika kawan-kawan kita yang lain lebih senang untuk mendapatkan k…

Maaf

Maaf, maaf dan maaf. Cukupkah hanya dengan tiga kali maaf itu?

Maaf kerana aku tidak beristiqamah untuk mengekalkan penulisan dalam blog ini dengan lebih kerap. Apabila akaun blogspot dibuka, entri terbaru yang ingin ditulis hanya dapat tercoret pada tajuk. Bukan tidak cukup masa, mungkin tidak dapat mengurus masa yang aku ada untuk setiap perkara yang perlu dilakukan. Sebetulnya, blog merupakan tempat yang paling dan paling aku sayang dan kasihkan untuk ditulis sesuatu.

Apabila mengambil keputusan untuk belajar sambil bekerja, aku tahu aku akan berhadapan dengan sesuatu yang sangat tidak stabil. Istilah 'stress' itulah yang keluar dari mulut doktor ketika aku pergi ke klinik, dan disuruh agar lebih rehat dan tenang.

Urusan proposal untuk tesis aku berjalan dengan sangat lambat untuk tempoh tiga minggu ini. Sangat-sangat kesal kerana aku menjadi 'lambat' untuk menguruskannya. Semoga kesempatan masa yang Allah berikan kepada aku menjadikan aku sebagai seorang pengurus y…

Satu Kerugian

Tazkirah malam solat Tarawih di surau Taman Samudera tadi, ada satu poin penting untuk aku kongsikan. Iaitu tukarkan tiada apa-apa kepada rugi.

Selalunya, apabila ditanya apakah itu amalan yang wajib? Jawapan yang pasti, setiap suruhan dan perintah yang mesti dilakukan. Mengerjakannya mendapat pahala dan meninggalkannya mendapat dosa.

Bagaimana pula dengan amalan sunat? Kebiasaannya, jawapan yang diberikan, apabila dilakukan akan mendapat pahala dan meninggalkannya tiada apa-apa; tidak berdosa dan tidak mendapat pahala.

Namun, Ustaz tersebut mengajak para jemaah menukar jawapan tersebut sebagai motivasi untuk kita sendiri. Beliau mengajak bahawa perkara sunat itu adalah melakukannya mendapat pahala, dan meninggalkannya kita akan mendapat rugi.

Ya, benar. Manusia apabila disebut tentang "rugi", semua tidak suka. Apabila membeli barang, semua nak yang murah dan tahan lama. Apabila perlu beratur panjang, mula merungut kerana merugikan masa yang ada dan sebagainya.

Jadi, untuk t…

Salam Ramadan

Selesai mengedit satu artikel berkenaan membazir, lalu aku terpanggil untuk menulis sedikit tentang perkara ini. Sudah pasti, isu membazir menjadi bertambah popular ketika bulan Ramadan dan Syawal nanti.

Sebut sahaja membazir pada bulan Ramadan, pasti fikiran akan tertancap kepada Bazar Ramadan atau Pasar Ramadan. Pasar Ramadan sangat popular di Malaysia ini. Seingat aku, di Maghribi tiada Pasar Ramadan. Kalau adapun, tidaklah sehebat di Malaysia. Dahulu, untuk merasai suasana Pasar Ramadan di Maghribi, aku dan Adillah berjalan ke Jiseng. Hakikatnya, tidak seperti Pasar Ramadan yang ada di Malaysia ini.

Semalam, aku telah diajak teman serumah + sebilik untuk ke Pasar Ramadan berhampiran. Apabila melihat banyak juadah yang dijual, begitu juga dengan beg-beg plastik yang terdapat di tangan para pembeli, aku menggeleng-gelengkan kepala. Niat di penjual untuk memudahkan pembeli agar tidak perlu memasak. Niat pembeli pula untuk bersedekah lebih-lebih lagi pada bulan mulia ini. Tetapi tercapa…

Mari! Mari!

Jom ke Jualan Gudang Telaga Biru pada 29 Julai dan 30 Julai ini! Borong buku untuk dijadikan bahan bacaan ketika Ramadan ini. Juga, untuk dihadiahkan kepada sahabat handai dan kaum keluarga. Boleh juga membeli buku-buku dengan harga yang rendah sebagai door gift sempena majlis perkahwinan anda! Mari mari! Jangan lepaskan peluang ini, hanya 2 hari sahaja!



Oh, lupa. Boleh cari Solusi Isu Perdana - Isu 34 untuk simpanan majalah kesayangan kalian ini! :) Harga berpatutan. Solusi Isu Perdana - Isu 33 dengan harga RM5 senaskhah. Isu 34 RM11 senaskhah.



Bicara Kecewa

Kadang-kadang, aku kecewa kerana diri aku sendiri tidak dapat membuka blog ini setiap hari. Lebih kecewa daripada itu, apabila tidak mampu memasukkan entri baru dalam jangka masa yang pendek. Dan paling kecewa apabila ada pembaca yang berkunjung ke blog ini, tiada coretan baru buat mereka. Maafkan aku. Bicara kecewa ini tiada kaitan dengan apa yang ada di FB aku.

Semakin lama hidup, semakin ramai orang yang kita jumpa. Lebih baik daripada itu, kita bukan sahaja berjumpa bahkan bersahabat dengan pelbagai orang. Alhamdulillah untuk segala nikmat itu. Memang dianjurkan untuk kita saling mengenal antara satu sama lain.

Menjadi seorang yang pasif suatu ketika dahulu memang menempah untuk aku dipanggil sombong selepas beberapa tahun; kesan daripada "tingkah laku" tersebut. Namun, pasif tidak selamanya pasif, perlu juga menjadi "seseorang yang baru" untuk mencapai cita-cita.

Satu demi satu langkah diatur. Jatuh itu sudah pasti, dan pembangkitnya adalah keinginan untuk berdir…

Mencari Damai

Image
Alhamdulillah, minggu ini tidak sibuk di pejabat. Sejak minggu lepas lagi isu bumpe majalah Solusi 34 telah dihantar untuk dicetak. Bertajuk, "Seandainya Ini Ramadan Terakhir, Layakkah Kita Berhari Raya" kami berharap agar buah tangan menuju Ramadan ini akan dapat dimanfaatkan para pembaca sekalian.

Penangan isu bumper ini membuatkan aku terkejar-kejar dengan urusan belajar dalam masa yang sama. Alhamdulillah, minggu ini agak "tenang" sedikit. Hari ini; Selasa, aku ke UIA. Tujuan asal berjumpa Dr Haslina menjadi lebih seronok apabila dapat menghadiri Public Lecture daripada Mr. Masahiko Iburi iaitu Presiden di Universiti Tenri, Jepun. Bertambah seronok kerana dapat jumpa rakan-rakan (kakak-kakak) sekelas. Rasa seperti tidak sabar untuk memulakan kuliah pada September ini. Dan, kemuncak seronok aku apabila bertemu Kak Samirah! =) Alhamdulillah, sangat gembira!

Aku senang berada dalam alam universiti. Bertambah senang ketika berada betul-betul dalam kawasan kampus UIA …

Menulis dari Hati

Image
Alhamdulillah, Telaga Biru telah mengeluarkan majalah keduanya; GenQ. Dijual secara rasmi pada 10 Julai lalu, bermakna kami perlu menghadapi respon dan maklum balas daripada pembaca dan orang lain. Majalah bersaiz lebih kecil daripada majalah Solusi ini dianggap seperti "adik" kepada Solusi. Masih membawa tema mendidik, namun golongan sasarannya adalah golongan remaja; sama ada awal remaja mahupun lewat remaja.

Tugasan yang diberi, kami perlu melihat GenQ dari pelbagai sudut dan membentangkannya. Namun, perkara yang ingin aku kongsikan adalah satu nasihat daripada Ust Pahrol; "Menulis itu dari hati. Orang yang banyak membaca sahaja boleh menulis." Sangat terkesan dengan kata-kata tersebut!

Aku mengaku kesahihannya. Ya, menulis itu memang perlu lahir dari hati. Setiap patah perkataan yang dihasilkan sememangnya dari hati. Biarpun ada pendapat mengatakan; seseorang itu dapat berbohong melalui penulisan, namun percakapan itulah yang sebenarnya hakikat, itu tidak bermakn…

Menjadi Pengkaji

Semasa menulis tugasan semalam, aku banyak kali mengulang perkataan "kaji". Sama ada menjadi kajian, mengkaji, pengkaji, pengajian dan juga mengaji. Ketika itu, aku berasa betapa uniknya perkataan kaji ini.

Berasal daripada kata akar kaji, ia meliputi pelbagai makna yang menarik; tersurat dan tersirat. Apabila dikaitkan dengan "kajian", seseorang itu perlu menelaah pelbagai sumber, melakukan pelbagai eksperimen dan memberi pembuktian untuk kajiannya. "Mengkaji" pula bukan sekadar membaca dan membelek setiap helaian buku juga mencari maklumat di internet. Bahkan, "mengkaji" betul-betul memerlukan penelitian yang sebenar. Begitu juga dengan "pengajian". Sekolah, kolej dan universiti adalah taman ilmu. Pengajian juga tidak terhad pada pembelajaran dalam kelas atau dewan kuliah. Perlu ada tugasan, kerja rumah, kerja kursus, tesis, pembentangan, perbincangan berkumpulan dan pelbagai lagi. Menarik bukan? Lebih menarik lagi, istilah "meng…

Selamat Tinggal!

Seorang sahabat itu, apabila dia dalam kesusahan, dia akan mencari sahabatnya yang lain untuk meluahkan sesuatu. Moga-moga, beban kesusahannya itu dapat dikurangkan. Dalam memenuhi tuntutan menjadi seorang sahabat yang baik, turutilah segala kemahuan sahabat kita dengan cara yang benar. Jangan pula seorang sahabat itu mengajak dan menghasut untuk melakukan kesalahan dalam usaha "membantu" sahabat itu.

Kehidupan bersahabat adalah sesuatu yang manis dan akan dikenang dan diingati sampai bila-bila. Kekuatan persahabatan itu terletak pada kepercayaan, kejujuran dan tolong-menolong. Persahabatan ini tidak akan ditelan zaman walaupun era dan kemajuan telah berlaku. Sahabat ketika alam persekolahan pasti akan dikenang dan dihargai sehingga ke alam dewasa. Jika dahulu bersahabat ketika masih muda, sudah pasti sehingga tua pun, persahabatan itu akan dikenang dan dirindui.

Aku sayang sahabat-sahabatku!

*Akan meninggalkan Mahallah Safiyyah selama 2 bulan. Selamat tinggal!

Rapuh Iman Runtuh Perpaduan

Sekadar entri pendek, sementara menunggu solat asar. Alhamdulillah, tugasan hari ini dapat disempurnakan di pejabat. Isnin depan, moga-moga ku bersedia untuk melakukan tugasan baru.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Perumpamaan seorang mukmin dengan mukmin yang lain dalam kelembutan dan kasih sayang, bagaikan satu tubuh. Jika ada bahagian tubuh yang merasa sakit, maka seluruh bahagian tubuh lainnya turut merasakannya. (Riwayat Muslim)

Indah bukan berukhuwah? Begitulah indahnya perpaduan. Ukhuwah dan perpaduan sesama Muslim itu cukup manis jika kena cara dan gayanya. Sama seperti kita berukhwah dan mewujudkan perpaduan yang harmoni dalam kalangan masyarakat di negara kita. Menolong tanpa ada "fikir-fikir" yang terlalu lama dan rigan tulang untuk menghulurkan bantuan.

"Rapuh iman, runtuh perpaduan", itulah tajuk Majalah Solusi Isu 33. Jangan lupa dapatkan di pasaran. Aku selalu teringat adik-adik di Morocco apabila sudah berada dalam sebahagian editorial Solusi ini. &qu…

Santai

Bersantai di tepi pantai. Itu hanya tajuk dan ayat pembuka. Hakikatnya, aku belum mengecapi lagi hakikat santai yang sebenar! Santai pada tajuk menunjukkan tulisan kali ini bersifat santai. Bukan isu bahasa, bukan juga sambungan cerpen ataupun kata-kata/bebelan.

Alhamdulillah, untuk setiap ketetapan yang Allah berikan kepada aku. Baik itu diterima, buruk itu tetap perlu diterima. Benar, ada manis ada pahit. Namun, yang pahit itu jangan dibuang seluruhnya, manis itu jangan terus dinikmati dengan leka. Alhamdulillah.

Minggu bertemu rakan-rakan. Bermula minggu ini, rancangan mengejut antara aku dan Sarah telah diatur. Kami keluar dan berpimpin tangan. =D. Sekadar jalan-jalan dan makan-makan. Makan sama-sama yang dibelanja oleh diri masing-masing. Dapat juga melihat Sarah dengan mata kepala sendiri. Semoga Sarah cepat sembuh! (Engkau makan hari tu memang tak ingat dunia! Haha!)

Rabu pula, bertemu dengan sebilangan junior Morocco. Shatul, Sakinah, Badriyah dan Lily. Juga, ada Nani. Pertemuan …

Rezeki Itu Ada

Image
Bouhlal. Matahari terbenam. 7 April 2009.



Pantai Bouhlal. 11 Mac 2009. Bersama Dila dan Farah.

AllahuAkbar! Entri Faizee yang terbaru membuatkan aku turut membilang bilakah aku meninggalkan Maghribi? Aku meninggalkan Maghribi, 25 Jun 2009. Bermakna, bulan ini genap dua tahun aku di Malaysia setelah kepulanganku. Apa yang telah aku lakukan selama hampir dua tahun ini? Adakah memenuhi tuntutan selama aku menuntut di sana dahulu? Sejauh mana ilmu yang diperoleh suatu ketika dahulu diaplikasikan bukan sahaja untuk diri sendiri, bahkan untuk orang lain? Membuatkan aku memikirkannya lebih dalam.

Terlalu sedikit orang yang mendapat apa yang dihajatinya sebelum sampai ke bumi Malaysia. Tamat semester terakhir, ada yang merancang untuk sambung belajar di universiti pilihan hati. Ada juga yang mahu kerja dengan menetapkan apakah pekerjaan tersebut. Ada yang merencana itu dan ini. Namun, jika ditanya kembali, berapa peratuskah perancangan itu terlaksana? Tetapi ada soalan yang lebih penting, apakah…

Bukan Sambungan Cerpen

Image
Nafas yang ditahan hanya beberapa saat itu, kuhembus kuat. "Huh!" Sekali cuma. Masjid Sultan Ahmad Shah berkubah biru kutenung lama. Birunya tidak gelap, juga bukan terlalu cerah. Namun, biru itu cukup untuk memberi damai walaupun di langit sana hanya putih dan kelabu. Aku mengalihkan pandanganku dan menekup muka di meja.

"Allah, inikah dinamakan masa?" Aku sedikit mengeluh.

Terkadang, aku menjadi terlalu penat. Langkahku tidak mampu untuk dilajukan lagi walaupun hari dalam seminggu ini belum ke penghujungnya. Aku tidak sakit, apatah lagi buat-buat sakit. Namun, perlakuanku memang benar-benar tidak bermaya.

Berkata tentang takdir, kita sebenarnya perlu bersedia. Tidak lari untuk memperkatakan juga tentang usaha dan doa. Benar, setiap segala sesuatu itu sudah ada ketetapannya, namun kita tidak boleh menunggu, memandang dan mendengar semata untuk menyaksikan bagaimana takdir itu berlaku.

Kemahuan hati, kehendak diri semua orang punya. Daripada sekecil-kecil perkara sehin…

Get Well Soon My "Deer" Sarah!

Image
Diri sendiri itu tidak berhak untuk ditipu. Hati kita, kita yang tahu. Hati, jiwa dan diri kita, Allah yang lebih Berkuasa. Adakah pengorbanan yang dilakukan untuk seseorang atau sesuatu tanpa kerelaan diri sendiri merupakan sebuah bentuk penipuan terhadap hati kita sendiri?

Apakah jalan untuk tidak menipu diri sendiri? Pastikan jalannya tidak memberi kesusahan kepada orang lain, juga diri kita sendiri. Tiada? Siapa kata tiada? Ada jalannya!

Untuk setiap sesuatu yang kita lakukan, pastikan semua itu atas landasan syariat Islam. Jangan langgar! Jika tidak suka, bermakna itu kata nafsu buruk semata! Apabila kita bermalas-malasan untuk perkara yang baik, teruskan memaksa diri. Timbulkan ikhlas dalam hati kita, jangan ada tipu di situ. Ikhlas, ikhlas, ikhlas. Ikhlaslah walau terpaksa melakukan suatu pengorbanan, juga ikhlaslah untuk memberikan orang lain 'ruang yang selesa' dan seterusnya ikhlaslah dalam mencari suatu yang dapat menenangkan hati kita!

Semoga cepat sembuh Sarah!



Terima…

Adaptasi

Image
Penghujung bulan April yang lalu, aku berkesempatan singgah di Gramedia, Jakarta. Tak berapa jauh dari Kampung Melayu; rumah Rima. Gramedia sebuah toko buku, bukan sahaja menjual buku, majalah dan akhbar, bahkan pelbagai barang yang berkaitan dengannya. Sangat cantik dan menarik. Lebih menarik daripada MPH dan Popular yang ada di Malaysia! Di sana, seperti yang dijangka, terlalu banyak bahan bacaan yang dijual. Rambang mata! Salah satu buku yang menjadi pilihan aku, Dalam Mihrab Cinta.

Kulit belakang novel.

Sebelum ini, Sarah pernah menyarankan untuk mendengar lagu tema filem ini. Lepas mendengar, komentar aku; biasa saja.

Dalam kapal terbang kembali ke Malaysia, aku membaca beberapa muka surat daripada novel ini. Menarik! Usai membaca keseluruhannya, aku berpuas hati dengan jalan ceritanya. Ceritanya sangat hidup! Walaupun novel ini berbahasa Indonesia, aku berasa lebih mengesankan. Pengalaman berada di sana juga mampu untuk aku merasakan kehidupan cerita tersebut.

Ahad lepas, aku menont…

Banyak Masa

Ada masa. Banyak masa. Apa perbezaan untuk kedua-duanya? Persamaan, tentulah berkaitan dengan masa. Perbezaan, yang pertama kita mempunyai masa. Masa yang cukup untuk melakukan sesuatu. Manakala yang kedua, tetap mempunyai masa, tetapi keperluan masa itu tidak diisi dengan sebaiknya. Maka, yang mana selalu kita ungkapkan?

Kata orang, belajar itu tidak terlalu senang.
Apabila kita didorong agar bekerja, belajar masih tidak terlalu senang.
Kesimpulannya, belajar itu yang utama, sebarang faktor lain yang kita tambahkan kepada belajar, mengajar kita untuk menafikan kata-kata tidak cukup masa.

Masa kalau dirasakan banyak, sedikitkan dengan sesuatu yang bermanfaat. Kalau terasa keberadaan masa, penuhilah dengan sesuatu yang sesuai ditempatnya. Jangan menzalimi masa, kelak diri sendiri yang rugi.

(3 perenggan isi terpaksa dihapuskan. Demi menjaga hati semua pihak.)

Isu 32 Solusi; Bahana Hasad! =)

Ikhlas

Siapa yang tahu apa akan berlaku akan datang; tidak kira dalam jangka waktu yang panjang mahupun yang pendek. Semua itu rahsia Allah s.w.t, moga-moga kita bersedia dan mempersiapkan diri untuk apa sahaja yang bakal berlaku.

Jangan pernah terfikir bahawa perancangan kita adalah yang terbaik dalam kalangan perancangan teman lain. Adat kerja berkumpulan, masing-masing ada pemikiran sendiri, juga pendapat yang ingin dikongsi. Namun, jangan terlalu taksub dengan perancangan sendiri sehingga memandang semua yang berada luar pandangan kita adalah salah dan tidak tepat!

Apa yang terjadi, ikhlaskan hati. Hari untuk menerima dan memberi. Hati yang ikhlas itu terlalu sukar untuk dirasa kemanisannya. Boleh jadi kita berlapang dada, mungkin juga fikiran tenang dan barangkali selalu ingin tersenyum untuk semua! Pengikhlasan hati memerlukan pemurnian niat dalam setiap tindakan. Selami makna ikhlas, cuba aplikasikannya, terus-menerus memurnikan hati, dan mungkin itulah manisnya keikhlasan!

* Terima kas…

Nol Dendam

Image
Jangan berdendam. Apakah itu dendam? Dendam perkara tidak baik. Tiada dendam sunat mahupun dendam ke arah kebaikan. Sekarang bukan masa untuk berkata tentang retorik atau dendam dari sudut balaghah. Manusia pelbagai ragam dan berbagai-bagai rasa hati. Apabila yang jahat bertindak sesuatu yang buruk terhadap orang lain, dan rancangannya berjaya, pihak yang terkena berasa sangat marah lalu berkeinginan lalu merancang sesuatu untuk membalasnya. Ada dendam di situ dan mengharap dendamnya terealisasi.

Murnikan fikiran bahawa setiap kejahatan orang lain terhadap diri kita adalah atas kejahilan dia dalam mengawal dirinya. Boleh jadi ia adalah tindakan luar kawalan. Murnikan juga fikiran bahawa itu adalah kesalahan diri kita yang tidak dapat diterima oleh orang lain; rendah diri.

Apabila kita dianiaya atau dikenakan perbuatan jahat, sudah pasti ada 1001 persoalan dan kata-kata untuk diberikan kepada manusia tersebut. Benar, niat untuk menginsafkan mereka. Namun, dalam tidak sedar, nada kita yan…

Reformasi / Transformasi?

Manusia inginkan perubahan. Menjadi yang lebih baik. Aku tidak mahu mengulas panjang, secara ringkasnya, penulisan dalam blog ini akan bertukar. Bukan reformasi, bukan juga transformasi. Bahkan, evakuasi. Eh, bukan! Memperlebarkan skop penulisan di sini, bukan sahaja menyentuh isu bahasa dan linguistik, namun suatu penulisan baru. Pengalaman seminggu ini memberi aku cabaran baru untuk menulis sesuatu yang baru! Semoga ada baik dan hikmahnya!

"Jadi, kau nak menulis tentang apa?"

Soalan yang baik. Menulis tentang sesuatu yang dapat memotivasikan diri; aku dan pembaca, sesuatu yang dapat mendidik diri untuk menjadi tunjuk ajar aku dan yang lain.

Untuk menjadi lain-lain dari yang lain, tidak perlu membuat satu kelainan yang terlampau pelik. Cukup sekadar kelainan tersebut membahagiakan diri kita sendiri dan orang lain mendapat manfaatnya. Kita mahu menjadi seperti orang lain yang telah terkenal, tidak perlu juga menjadi seperti mereka bulat-bulat. Hanya mengambil pengajaran daripad…

Bersahabat

Image
Maribaya, Bandung Indonesia


Kata orang, jangan terlalu memilih dalam bersahabat. Dengan siapa sahaja, bersahabatlah kita. Kerana mencari sahabat yang benar-benar sempurna dan cocok dengan diri kita itu mustahil untuk berlaku dengan cepat.

Kata orang lagi, berwaspadalah dalam bersahabat. Jangan tersilap memilih sahabat kita. Sahabat itu adalah cerminan diri kita sendiri. Dia juga adalah pembentuk diri kita. Andai sahabat itu murni hatinya, pasti dia akan sentiasa mengingatkan kepada perkara-perkara yang murni. Jika di hatinya penuh dengki dan sangka buruk, tegarkah diri kita untuk mengubah hatinya nanti?

Pendapat aku, pandangan dan kata-kata orang, terimalah. Terima sebagai pendengar. Kita menganalisa dan bersahabatlah! Kalau dia tidak baik sekalipun, sama-sama mengiringinya menjadi baik; kita baik dan dia baik.

Bersahabat itu indah. Selepas keluarga sendiri, dia akan menjadi orang pertama yang kita cari dalam apa jua keadaan; gembira atau sedih. Sahabat terbaik itu boleh jadi dua atau t…

Pengalaman Temuduga 1

Image
Cerita tentang temuduga, pasti akan bercerita tentang pengalaman bekerja. Kerja secara rasmi atau tidak, dua-dua pernah dilalui. Kita tinggalkan tentang pengalaman kerja selepas SPM; walaupun telah 7 tahun berlalu tetapi, itu adalah pengalaman yang tidak akan didapatkan dalam apa-apa buku sekalipun!

SubhanAllah! 27 Jun 2010. Sekali lagi aku dapat lihat awan dan langit dengan lebih dekat.

Teringat satu kata-kata junior aku di Morocco dulu: "Kak Lilah nanti balik dan apa yang akak lakukan, khabar-khabarkanlah kepada kami kerana akak sebagai penguji bagi kami." Penguji yang dimaksudkan adalah dia ingin melihat apa peluang yang ada untuk keluaran universiti Morocco ini.

Tepat setahun setelah kembali ke Malaysia, aku keluar meninggalkan Malaysia, menuju ke Vietnam.

Satu cabaran buat aku. Manakan tidak, aku sendiri tidak tahu apa yang akan aku lakukan sekembalinya aku ke tanah air nanti. Yang pasti, menjadi perintis kedua dalam bidang ini amat-amat menguji sejauh mana kemampua…

Temuduga Kerja

Aku pernah menjalani urusan temuduga beberapa kali. (Sudah pastilah sebagai orang yang ditemu duga, bukan yang menemu duga) Ditemu duga seorang diri dan juga pernah berpasangan. Belum pernah lagi dalam satu kelompok yang besar. Perasaan? Gembira dan takut.

Mengapa gembira? Kerana, temuduga yang memerlukan kita berhadapan dengan majikan secara langsung ini menunjukkan mereka mahu mengenali personaliti kita. Itu yang terutama. Yang seterusnya, kelayakan kita. Pernah ditemuduga beberapa kali, tidak ramai yang melihat secara teliti kelayakan, atau markah pencapaian setiap semester atau subjek. Lagi, dilihat pengalaman yang pernah wujud sebagaimana yang telah direkodkan dalam resume. Jadi, aku gembira kerana setelah menilai dua perkara tersebut, mereka berminat untuk menilai siapa diri kita dari segi personaliti dalam dan luaran; bagaimana penampilan kita dan sejauh mana pemikiran kita mampu bertutur dan berkomunikasi ketika soalan diajukan.

Jadi, mengapa takut? Tidak lain tidak bukan, aku …

Kuasai Bahasa

Mengetahui sesuatu bahasa tidak bermakna mahir dalam bahasa tersebut. Mengetahui cukup sekadar kita menyebut beberapa patah perkataan dan ungkapan dalam sesuatu bahasa. Tetapi, sejauh mana tahap kemahiran dan penguasaan kita terhadap sesuatu bahasa itu? Saya, mahupun pakar-pakar bahasa tiada formula untuk menilainya.

Jadi, siapa yang menilainya. Penilainya adalah diri kita dan terutama adalah pemahaman dan pengaplikasian diri sendiri terhadapnya. "Saya belajar bertahun-tahun di negara Arab maka saya dapat menguasainya sekarang." Benarkah? Menguasai bahasa dari sudut mana? Mungkin kita kenal siapa itu Sibawaih, tapi belum pernah tahu nama Sibaiwaih itu bermakna bau epal dalam bahasa Parsi. "Saya ikut keluarga ke Kanada sejak kecil, maka saya kini fasih berbahasa Inggeris." Betulkah? Benarkah menguasai bahasa Inggeris? Algebra, Algorism, Alcohol, Coffee dan banyak lagi perkataan tersebut adalah bukan milik bahasa tersebut, pernah tahu?

"Saya belajar BM sedari keci…

13 April

13 April 2011.

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan buat Ayah dan Ibu! (13 April 1985)

Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Kakak! (13 April 1986)

Terima Kasih!

Aku tengok blog ni, kesian kurang isu nak ditulis. Kali terakhir masukkan entri baru, pengunjungnya 1309. Sekarang ni, 1347. Sedangkan tak ada sesuatu yang berpengajaran untuk dibaca. Pasti ramai hati-hati yang kecewa bila buka blog ni tak ada entri baru kan? (Perasan sendiri mereka kecewa!) Sesungguhnya, terima kasih 3 blog yang selalu lawat blog aku ini. (Stats yg bagitahu!). TERIMA KASIH! Janji, lepas habis periksa, aku kemas kini blog ini lagi. Empat kertas setiap satu pada 28/03, 29/03, 11/04 dan 14/04, doakan semoga aku diberi idea yang bernas dan kefahaman untuk setiap soalan dan subjek!