Posts

Showing posts from December, 2010

Masyarakat

أكلت أرزاً
زراعة الأرز
ترفع أسعار الأرز

Saya makan nasi.
Penanaman padi.
Harga beras meningkat.

Dalam bahasa Arab, perkataannya hanya satu, berbanding dalam bahasa Malaysia, ada tiga; nasi, padi, beras. Kenapa terjadi? Jawapan paling mudah, nasi adalah makanan asas orang di Malaysia.

Bahasa itu kaitannya dengan masyarakat. Jika hilang masyarakat di sesuatu tempat, maka akan hilanglah bahasanya. Masyarakat mempengaruhi bahasa dan begitu juga sebaliknya. Bahasa menjadi cermin tentang siapa orang itu sebenarnya. Bahasa tidak semestinya perkataan, tapi ucapan itu juga adalah bahasa.

Bahasa itu mudah. Tidak perlukan madah indah untuk mencantikkan bahasa. Cukup menjaga kehormatan bahasa agar ia tampak berharga. "Tengok tu, bahasa orang muda!" Cukup-cukuplah untuk kita dengar, bahawa bahasa orang muda itu membawa kepada marah dan geram.

25.12.2009

Image
25.12.2009. Setahun perkara ini berlalu buat kami empat beradik Tepat 1 tahun. Jam ini, 5.40 petang. Ampunkan kami Ya Allah, terima taubat kami ya Allah. Tak tahu bagaimana untuk menggambarkan apa yang berlaku, tapi itu bukan mimpi ngeri buat kami, namun sebuah realiti. Moga, ujian Allah S.W.T itu adalah penguat untuk kita; sebagai manusia untuk menambah kepercayaan kepada Allah Maha Pengampun, Allah Maha Penyayang.

A picture speaks louder than words




Juwairiah & Hafiz

Image
Junior saya di Morocco dulu, Juwairiah mempersilakan sesiapa yang mengenalinya atau suaminya untuk sama-sama menghadiri majlis perkahwinannya.

Masa Depan

Apabila aku tengok pelajar sekolah; khususnya sekolah menengah ponteng dan sibuk dengan perkara yang tiak berkaitan dengan seorang pelajar, aku terfikir, tidakkah mereka memikirkan masa depan mereka? Sedarkah mereka bahawa kerja di KFC, 7Eleven atau di stesen minyak selepas SPM tidak akan kekal. Kalau SPM tidak bagus, mana-mana tempat pun tidak mahu menerima mereka.

Pelajaran itu pertama, tapi bukan utama. Yang utama dan pertama adalah akhlak dan tingkah laku. Gagal dalam pelajaran, tapi jangan biarkan diri gagal dalam membentuk sahsiah dan peribadi yang unggul. Unggul bukan disanjungi ramai orang, namun cukuplah untuk dihormati orang lain.

Kerja yang berjaya (kerjaya?) bukan dinilai pada berapa digit gaji yang diperoleh. Seharusnya, kerja tersebut adalah yang benar laluannya, jelas tujuannya dan kita dan orang lain mendapat manfaat daripadanya.

Masa depan seseorang tidak terhenti apabila melangkah ke alam perkahwinan. Malah, apabila berkahwin seseorang itu, masa depannya bercabang-caban…

Transliterasi

Transliterasi: penukaran huruf (per­kataan dsb) drpd abjad sesuatu tulisan (mis tulisan Arab) kpd huruf yg selaras bunyinya dsb dlm abjad sistem tulisan lain (mis Rumi)
- KD edisi ke-4 -

Ada perkataan bahasa asing, apabila hendak dimasukkan dalam penulisan bahasa yang sedang digunakan menjadi agak pelik ditransliterasikan. Pelik kerana susah untuk dibaca.

Kadang-kadang, nama tokoh/orang susah untuk dijangkakan apa yang akan terjadi. Kerana, nama benda dapat diterjemahkan, kalau kata nama khas seperti nama tempat dan orang itu yang agak susah.

Kalau daripada bahasa Latin kepada bahasa Arab, mungkin agak senang. Tetapi, ia menjadi agak sulit sebaliknya. Ini hanya pendapat saya, mungkin ada yang kurang bersetuju.

Aku mencari biografi linguis barat dalam bahasa Latin yang mana aku tahu ejaan dalam Arab adalah فلمور. Adakah menjadi Felmur, Femur (mcm nama tulang), Flamur dsb. Tekaanku semua meleset kerana yang sebenarnya, Fillmore.

Selain itu, ketidakwujudan huruf P dalam bahasa Arab mungkin m…

Allah Tempat Kita Kembali

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) berdoa (menyembah atau memuja) kepada selain Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan sedemikian, kalau begitu jadilah engkau daripada orang yang zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)."
Yunus: 106

Allah Maha Mendengar, Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Pengampun.

Di dunia ini, untuk apa kita melihat kesengsaraan orang lain hanya untuk memuaskan hati kita semata-mata. Untuk apa kita bergembira dan berbahagia atas penderitaan orang lain.

Janganlah dalam usaha untuk memusnahkan orang lain, kita menggunakan pelbagai cara kotor. Tiada guna, tiada faedah.

Sekiranya terlanjur, kembalilah kepada Allah S.W.T, hanya Dia sebaik-baik tempat untuk kita kembali.

Sahabat

Untuk apa bersahabat?

Untuk dijadikan teman untuk membuat sesuatu perkaraUntuk belajar ketika menjadi pelajarKasihan dengan ujian yang dihadapinyaSetelah diperkenalkan oleh orang lainPemberi kata-kata semangatSupaya kita mempunyai pasangan
dllSahabat adalah seseorang yang tidak menangisi perpisahan, sentiasa hidup di hati kita walau tidak bertemu. Bersahabat dengannya, kita memperoleh pelbagai peringatan yang bukan kita minta. Dia juga memenuhi permintaan kita dan menolak permintaan kita bukan atas dasar apa yang kita mahu dan tidak mahu, tapi atas dasar pendirian dirinya yang waras.

Seorang sahabat juga yang ada khabar untuk kita. Paling tersentuh, apabila kita teringatkan seseorang sahabat itu, tiba-tiba dia hadir bertanyakan khabar kita. Masha Allah!

Semoga Engkau Bersabar, Sahabatku

Kira-kira jam 11 pagi tadi, aku berborak bersama Kak Su. Suriati Abdullah. Rakan serumah ketika di Morocco dahulu. Bukan ini kali pertama dia menelefonku. Sudah kesian kali. Bicara setiap perbualannya panjang. 30 minit itu adalah tempoh minimumnya. Seingat aku, dia jenis perahsia dan tidak gemar berkongsi. Namun, aku selesa berborak dengannya. Seolah-olah aku baru dapat menyelami diri Kak Su itu sendiri.

Perbualan kami pada lewat pagi ini sama seperti sebelumnya. Ada tawa, ada masalah yang dilontarkan. Kata orang, dia jenis perahsia. Tetapi, aku tidak fikir begitu kerana dia tidak perahsia pada diriku.

Baginya, mak ayah adalah terutama. Terutama dalam setiap apa yang dia lakukan. Keluarganya itu berada dalam pimpinannya. Kerja yang dia lakukan bertujuan untuk keluarganya. Sangat-sangat bertanggungjawab, seperti seorang ketua keluarga. Gaji yang keluar, perkara pertama yang dia fikirkan adalah mak dan ayah di kampung. Itulah realitinya. Namun, itu bukan bebanan baginya. Atas dasar tanggu…

Walimah Kak Ayu & En Sabri

Kak Ayu & En Sabri sama batch ke Morocco dengan aku. Tapi, mereka tua setahun daripada aku. Kak Ayu itu kata-katanya sentiasa positif, tiada dendam. En Sabri pula kata-katanya penuh motivasi. Kedua-duanya seperti seorang kakak dan abang.

Hari ini, aku melihat sendiri beliau adalah kakak dan abang yang telah sah menjadi suami isteri. Cukup gembira untuk mereka. Itulah kali pertama aku tengok Kak Ayu senyum tidak henti! Bertambah lebar senyumnya tatkala aku melambai 'peace' kepadanya. Terima kasih Allah untuk kebahagiaan yang Kau berikan untuk Kak Ayu dan En Sabri.

Semoga pernikahan kalian berkekalan selama-lamanya. Sentiasa mendapat berkat dan berada dalam lindungan kasih sayang Allah. Terima kasih untuk segala-galanya!

Mode: Takjub dengan warna baju pengantin mereka!

1 Muharram 1432H

"Benda lama, tak untung untuk berdendam."

Terima kasih Kak Ayu untuk pesanan ini. Sangat-sangat menghargainya. Sungguh, tiada dendam yang aku simpan. Cuma, aku jadi 'dendam' apabila orang menganiaya sahabat sendiri. Sedangkan, sahabat tersebut sudah lama melupakannya. Terima kasih Kak Ayu, kerana mengajarkan aku untuk memaafkan kesalahan orang lain.

Pernah Muda

Aku juga pernah muda. Bukan bermakna aku telah tua. Mungkin tua, tapi tidak terlalu tua. Aku generasi kini. Generasi dewasa dan bukan lagi remaja.

Melihat adik-adik dengan perangai remajanya, aku tersenyum. Ya, aku pernah muda. Perasaan seorang pemuda pemudi itu berlainan dengan yang dewasa. Mengenal erti serba boleh dan semua boleh pada zaman muda. Semua itu perlu dilakukan!

Namun, sesuatu yang realiti, muda itu sekali dan hidup juga hanya sekali. Zaman muda bukan menjadi tiket untuk orang muda melakukan apa yang dia mahu. Melakukan tanpa kewarasan akal, yang hanya berpandukan nafsu dan keinginan semata! Bukan! Biar landasannya benar, jalannya itu tepat!

Hamba Perasaan

Jangan jadi hamba pada perasaan kita sendiri. Kita sedih, jangan biarkan kita bersedih. Kita gembira, jangan terlalu gembira. Kita leka, jangan alpakan diri kita!

Apapun yang terjadi, baik atau buruk, semua perasaan adalah berada dalam tanggungjawab kita. Kita sendiri yang mendidik perasaan kita untuk bergerak ke arah hala tujunya.

Pernah menjadi terlalu sedih? Apa yang kita buat kepada orang sekeliling kita? Mengabaikan kata-kata dan kehadiran mereka seolah-olah kitalah orang yang paling sedih ketika itu.

Pernah menjadi terlalu gembira? Melompat keriangan. Mahu mengkhabarkan kepada seluruh dunia seolah kita berjaya menggenggam dunia ini!

Selamat mendidik perasaan sendiri...