Posts

Showing posts from November, 2010

Melancong

Rasa macam nak melancong, naik kapal terbang lagi. :D

Bitza & bini

Projek cuti sekolah kuasa dua (sebab aku dan Ibu cuti sekali), adalah mencuba untuk memasak!

Bini dalam BM, isteri. Di Morocco, itu adalah donat! Rupa-rupanya, kesan yis segera dan yis hidup adalah tidak sama. Yis hidup membuatkan donat lebih naik dan lembut.

Pizza, bitza. Orang Arab tak ada huruf P, kena panggil bitza. Ini projek paling berjaya. Entah berapa dulang bitza dibakar cuti kali ini. Yang pasti, dengan adanya homemade bitza ini membuatkan niat ke Domino's Pizza dan Pizza Hut mahupun Pizza Pah terbatal.

Falsafah Kahwin

Berkahwin bukan untuk sebulan, dua. Berkahwin itu untuk selamanya. Berkahwin itu, kita berasa selesa khususnya di hati dan fikiran kita untuk bersama dengannya.

Kalau belajar itu matlamatnya ilmu atau sijil, kita pasti akan mendapatkannya. Namun, berkahwin itu bukan bermatlamatkan sijil. Matlamatnya terlalu luas. Setiap hari adalah matlamat; yang tiada penghujungnya.

Berkahwin bukan untuk menzalimi pasangan kita. Menzalimi; meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Andai ada yang fikir bahawa kehidupan selepas kahwin lebih mudah kerana ada suami yang sentiasa menanggung perbelanjaan hidup kita, atau ada isteri yang akan menjaga makan-minum-pakai kita, itu silap. Tanggungjawab dalam perkahwinan itu adalah sepakat bersama.

Yang kurang ditampung, yang lebih dimanfaatkan. Perlu ada memberi dan menerima, tolak-ansur dan saling memahami. Paling utama, kepercayaan kepada pasangan dan kejujuran dalam diri sendiri.

*Mode: Musim kawan-kawan ramai berkahwin. Tahniah utk semua!

Zaman Perubahan

Bayi - Kanak-kanak - Budak - Remaja - Dewasa - Warga Emas

Zaman berubah, manusia pun berubah. Setiap hari akan berubah. Hari berubah dan diulang. Namun, yang berlaku dalamnya adalah tidak sama. Semuanya pasti berubah.

Kado Terindah Untuk Orang Berdosa

Image
Menerima sebuah buku; hadiah dari seorang rakan yang dikasihi; Rima. Buku bertajuk "Kado Terindah Untuk Orang Berdosa" (pengarang: Saiful Hadi el-Sutha) merupakan sebuah buku motivasi pemangkin jiwa untuk terus rasa bersyukur menjadi hamba kepada Allah S.W.T yang Maha Esa.

Aku insan penuh dosa,
Bukan sekali
berkali-kali,
Tiada aku jahil,
Banyak aku mahir,
Kerana aku itu manusia,
Alpa, leka, mungkin lagha
menjadi sakit,
Atas derita dosa-dosa,
KalamMu adalah shifa',
Bagi setiap luka,
Menjadi kado terindah buat aku. (Khadijah)

Pembetulan Kesalahan

Dalam bidang komunikasi bahasa, terdapat 3 cara untuk membetulkan kesalahan:
Pembetulan oleh guru
Pembetulan oleh rakan-rakan
Pembetulan diri sendiri

Pembetulan oleh guru:
Cara ini adalah cara yang paling berkesan kerana guru adalah 'idola' pelajar-pelajar di dalam kelas. Mereka mengganggap guru adalah tempat rujukan dan menguasai sesuatu bidang. Seharusnya, guru membuat pembetulan atas kesalahan yang pelajar lakukan dengan cara bersahaja. Contohnya, dalam kelas membaca, apabila pelajar melakukan kesalahan menyebut sesuatu perkataan, memadai untuk membalas, "Apa yang kamu sebut tadi?", tanpa berkata, "Kamu salah!"

Pembetulan oleh rakan-rakan:
Paling hebat cabarannya adalah rakan-rakan datang membetulkan kesalahan seseorang pelajar. Bukan kerana egois, tetapi mereka bersama dalam tempoh sama-sama belajar di samping mempunyai latar belakang pendidikan (tempat) yang berlainan, terutamanya bagi pelajar pengajian tinggi.

Pembetulan oleh diri sendiri:
Cuba membetulkan kes…